Naib Johan disandang Sekolah Menengah Islam Hira’, Jeram, Selangor manakala tempat ketiga menjadi milik Sekolah Menengah Al Azhar, Jitra, Kedah.
SMI Hidayah Johor Bharu beraksi cemerlang dalam karnival sukan ini dengan memenangi 12 emas sementara pasukan olahraganya mencatat rekod membanggakan apabila menyumbang enam pingat emas dalam acara balapan.
Kontinjen SMI Hidayah JB bersama piala pusingan
Karnival sukan yang berlangsung selama tiga hari itu dirasmikan oleh Encik Edikoup Lakip Sediyanto yang mewakili Exco Pendidkan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi Selangor, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau memuji usaha penganjuran karnival sukan ini dengan SMI Hira’ Jeram sebagai tuan rumah. Jelasnya lagi, para atlet diminta mengekalkan semangat juang kesukanan yang tinggi walau menang atau kalah.
Ketua Pengarah Eksekutif Musleh Berhad, Ustaz Megat Mohamed Amin Mohamed Noor berkata, penganjuran sukan kali ini agak memberangsangkan dengan penyertaan lebih kurang 900 peserta yang terdiri daripada 15 kontinjen dengan pelbagai acara dipertandingkan termasuk sukan memanah yang pertama kali diadakan.
Sebanyak lapan acara sukan yang dipertandingkan pada karnival sukan pada tahun ini iaitu bola sepak, sepak takraw, bola jaring, catur, badminton, ping-pong, memanah dan olahraga.
Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram dipilih sebagai tuan rumah karnival sukan pada kali ini yang masuk tahun keenam penganjurannya.
Pengetua SMI Hira’ Jeram, Bat Kamaruzzaman Abdul Kadir berkata bagi pihak sekolahnya, beliau berbesar hati dapat menjadi tuan rumah dan mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan karnival sukan pada tahun ini.
Majlis penutupan rasmi karnival sukan tersebut yang berlangsung pada semalam telah dilaksanakan oleh Pengerusi Jawantankuasa Pendidikan IKRAM Selangor, Prof Dr Mahamod Ismail.
Sebanyak 15 buah sekolah menengah yang menyertai karnival sukan kali ini yang juga disertai oleh kontinjen 25 buah sekolah rendah di mana pertandingan telah diadakan di SRI Al-Amin Bangi, SRI Al-Amin Gombak dan SRI Hira’, Klang.