SMI Hidayah JB Johan RC Game Development Challenge

SMI Hidayah JB Johan RC Game Development Challenge | IKRAM

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), Johor Bahru telah dinobatkan sebagai johan pertandingan membangunkan aplikasi permainan, RC Game Development Challenge di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pertandingan anjuran RunCloud Education yang telah berlangsung pada 22 Oktober lalu bertujuan memupuk minat pelajar sekolah dalam pembangunan permainan.

Matlamat cabaran ini adalah untuk pelajar memahami cara permainan dibangunkan dan digunakan serta memupuk kreativiti. Dengan melengkapkan cabaran ini, para peserta akan mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang pembangunan permainan asas.

Tersenarai sebagai lima finalis dalam kategori yang dipertandingkan, pasukan SMIHJB yang diberi nama Mark 0.1 ini telah mencipta dan membangunkan sebuah aplikasi permainan bernama ‘Ocean’s Guardian.’

Pasukan ini disertai Mus’ab Amsyar Noor Fahmi, Rizq Nufail Mohd Nazri, Arissa Maisarah Mohamad Husaini dan Kawtsar Zamil Najwah yang merupakan pelajar Tingkatan 2 SMIHJB.

Mengalahkan empat lagi pasukan finalis lain iaitu MRSM Alor Gajah, MRSM Kuala Terengganu, MRSM Johor Bahru dan MRSM Batu Pahat, Mark 0.1 membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM2,000, hamper iringan dan medal.

RC Game Development Challenge telah disertai lebih 100 buah kumpulan dari sekolah-sekolah seluruh negara termasuk 40 buah MRSM. 

Diadili oleh juri profesional, 16 kumpulan telah terpilih untuk bersaing di peringkat separuh akhir sebelum lima finalis diumumkan untuk bersaing di peringkat akhir dalam acara Malaysia Techlympics @ JomLaunch!.

Peserta telah dibimbing oleh pakar dalam suasana yang lebih santai dan kasual di luar pembelajaran biasa dalam bilik darjah, serta mendapat pengalaman langsung dengan teknologi futuristik melalui kursus dan bengkel dalam talian ringkas yang memfokuskan pada pembangunan permainan dan pengkomputeran.

Selain itu, peserta akan dapat meningkatkan diri mereka dengan memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang berkaitan dengan industri pasaran semasa.

Terdahulu, SMIHJB turut meraih Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam Pertandingan Skudai Robotic Challenge bagi kategori Sumo Robot anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai yang telah berlangsung pada 19 Oktober lepas.

Ahmad Faiz Azhar Fahrol Fahmy, 13, dan Nabil Zamri Adnan, 13, dinobatkan sebagai Naib Johan manakala Abdullah Qaasim Mohd Saleh, 13, dan Naufal Aidi Zuraidi, 13, menduduki tempat ketiga.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia