SMG 2016 panduan awal pilih laluan pengajian, kerjaya

Bertempat di Dewan Kuliah Z, Universiti Sains Malaysia (USM), seminar anjuran bersama IKRAMTeens Pulau Pinang, IKRAM Siswa Pulau Pinang dan Persatuan Staf Islam USM turut memberi pendedahan tentang laluan kerjaya yang pelbagai untuk mereka hayati dan memilih secara bijak. 

Menurut Pengarah SMG 2016, Muhammad Zul Zhafran Saad, seminar ini menyasarkan peserta yang terdiri daripada lepasan SPM, STPM dan STAM serta menampilkan para penceramah profesional dan berpengalaman dalam setiap bidang kerjaya dan berusaha meyakinkan peserta bahawa bidang mereka adalah terbaik.

Antara bidang-bidang yang dikongsikan dalam SMG 2016 yang bertemakan “Berjalan Seiring Menuju Menara Gading” ini ialah perguruan, perundangan, pengajian Islam, perubatan, kewangan, kejuruteraan dan kemahiran.

“Peserta dibentangkan dengan maklumat yang sesuai, terbaru dan bermanfaat untuk difikirkan supaya dapat melakukan pilihan yang terbaik.

“Peserta juga bebas berinteraksi secara terus dengan penceramah bagi mendapatkan input yang diingini,” jelasnya.

    

Ujian minat kerjaya, forum dan perkongsian kerjaya perubatan

Peserta turut mengikuti ujian minat kerjaya, perkongsian persediaan alam kampus, forum “Mahasiswa Jutawan Akhirat” serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi memberikan pandangan tentang perkongsian sepanjang seminar yang dilalui.

Dengan sasaran 3,000 peserta dalam SMG pada tahun hadapan, Zul Zhafran mengalu-alukan mana-mana agensi kerajaan atau swasta yang sudi berkerjasama menjayakan seminar ini bagi membantu membina generasi muda ini supaya berjaya di dunia dan akhirat, insyaa-Allah.

Album Seminar: http://on.fb.me/1onXoMF

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia