Skor Indeks Malaysia Negara Rahmah 2023 Meningkat

Skor Indeks Malaysia Negara Rahmah 2023 Meningkat | IKRAM

PETALING JAYA – Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR ’23) bagi tahun 2023 telah mencatatkan skor 7.24, berbanding skor 6.47 pada tahun 2022 dan 6.09 pada tahun 2021 dengan lapan ciri menunjukkan peningkatan skor yang memberangsangkan.

Indeks Malaysia Negara Rahmah merupakan alat yang mengukur pencapaian semasa Malaysia ke arah menjadi sebuah negara rahmah. Indeks ini dibentuk daripada 12 Ciri Negara Rahmah bersama beberapa indikator lain.

Menurut Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2023 (IMNR ’23) yang dibentangkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dalam sidang media di sini pagi tadi, hasil kajian menunjukkan pencapaian keseluruhan bagi Ciri-ciri Negara Rahmah tahun 2023 berada pada skor 7.24 daripada 10 iaitu pada tahap ‘Sederhana’.  

Berdasarkan IMNR ’23, ciri-ciri yang mendapat skor tertinggi ialah Ciri 6 Institusi Keluarga yang Utuh (7.98), Ciri 12 Menerajui Usaha Keamanan dan Kesejahteraan Sejagat (7.93) dan Ciri 5 Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang (7.72). 

Manakala Ciri 9 Agihan Kekayaan yang Saksama (6.14), Ciri 8 Ekonomi yang Mampan (6.84) dan Ciri 3 Tadbir Urus yang Baik (6.86) mendapat skor yang paling rendah. 

“Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2023 ini merupakan kajian ketiga yang telah diterbitkan secara rasmi oleh IKRAM selepas 2021 dan 2022,” kata Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin dalam ucapan aluannya.

Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) ini telah dirangka bersama-sama oleh beberapa wakil daripada jabatan kerajaan, wakil kumpulan masyarakat sivil dan NGO, serta ahli-ahli akademik daripada pelbagai bidang bagi memastikan kajian ini menyeluruh.

Pembentang IMNR ’23 yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Agenda Nasional IKRAM, Prof Dr Hanim Salleh menerangkan keabsahan inventori telah diperoleh melalui perbincangan kumpulan fokus yang terdiri daripada enam panel konsultan.

Kajian ini telah melibatkan 3,192 responden yang terdiri daripada rakyat Malaysia pelbagai kaum berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai tahap pendidikan sekurang-kurangnya SPM. Hanim menekankan bahawa kajian ini adalah berasaskan persepsi rakyat dan bukan atas kajian data.

Badlishah Sham menjelaskan, IKRAM melihat kesediaan dan kesungguhan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam mencapai wawasan Malaysia MADANI yang selari dengan wawasan Negara Rahmah dalam banyak sudut.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan IKRAM akan memainkan peranan sebagai rakan kongsi dalam pembinaan negara, insya-Allah.

“Antara inisiatif dan sumbangan IKRAM adalah dengan penghasilan Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) ini.” 

Beliau menyatakan komitmen untuk membuka ruang kerjasama dengan semua pihak yang ingin bersama-sama IKRAM bagi membangunkan Malaysia.

“Impian negara rahmah adalah impian semua orang yang ingin hidup selesa, aman dan makmur,” ujar beliau.

Setiausaha Politik Menteri Kesihatan, Hj Mohammad Faisal Ismail (tengah) bersama Ahli-ahli JKP IKRAM dan Pengerusi GBM

Dalam pada itu, Buku Laporan Indeks Malaysia Negara Rahmah 2023 telah disempurnakan pelancarannya oleh Setiausaha Politik Menteri Kesihatan, Hj Mohammad Faisal Ismail yang mewakili Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau mengucapkan tahniah kepada IKRAM atas pembentangan Laporan Kajian IMNR 2023 sambil menyatakan bahawa ia merupakan indeks yang baik dan dapat dijadikan satu ukuran untuk melihat sejauh mana pencapaian negara atas usaha semua pihak dalam mencapai kesemua 12 ciri seperti terkandung dalam Ciri Malaysia Negara Rahmah. 

“Pengukuran pencapaian negara dari persepsi rakyat ini juga penting dan sesuai dengan hasrat kerajaan dalam mencapai Malaysia MADANI.”

Turut hadir dalam sidang media itu Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM, Pengarah Eksekutif KADRI Dr Mustafa Din Subari, Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) Ir Stanley Yong Yew Wei, wakil-wakil agensi kerajaan, NGO dan rakan media.

Baca Kenyataan Media Indeks Malaysia Negara Rahmah 2023: https://ikram.org.my/indeks-malaysia-negara-rahmah-2023-peningkatan-yang-memberangsangkan/ 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia