SKMM sekat 1,903 laman web pornografi

SKMM Sekat Laman Web Pornografi

SERI KEMBANGAN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyekat sebanyak 1,903 laman web pornografi dan berunsur lucah sejak tahun lalu sehingga 31 April.

“Ia dijalankan berdasarkan pemantauan dan hasil aduan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai,” kata Pengerusinya, Datuk Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.

Beliau berkata, tindakan yang telah diambil adalah berdasarkan kepada peruntukan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“Sekatan sebegini akan dilaksanakan secara berterusan berasaskan aduan dan maklumat yang diterima bagi melindungi pengguna.”

Baru-baru ini, media tempatan telah melaporkan Malaysia menduduki tempat pertama di Asia dan keempat seluruh dunia selepas Slovakia, Bulgaria dan Ireland sebagai antara negara tertinggi melayari laman pornografi terkenal berdasarkan statistik pelawat yang dikeluarkan oleh laman tersebut.

Berdasarkan statistik tersebut, jumlah trafik pelawat yang mengakses laman tersebut di seluruh dunia melonjak sehingga 11.6 peratus daripada hanya 6.5 peratus sejak bulan Mac 2020 semasa kebanyakan negara melaksanakan perintah berkurung untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Pada tahun lalu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa sejumlah 4,068 laman pornografi telah disekat oleh SKMM sejak tahun 2018 hingga 30 September 2021.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi membendung adegan seksual dan kandungan berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada dilayari rakyat di negara ini.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia