SKIPS 2023: SMIH Raih 5 Bintang, 7 Sekolah Musleh 4 Bintang

SKIPS 2023: SMIH Raih 5 Bintang, 8 Sekolah Musleh 4 Bintang

SERI KEMBANGAN – Sekolah IKRAM Musleh, Sekolah Menengah Islam (SMIH) Johor Bahru memperoleh lima bintang dalam Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) Tahun 2023 Kategori Sekolah Menengah Agama yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

SMIH membuktikan keunggulannya setelah muncul sebagai salah satu daripada dua sekolah menengah agama swasta yang mencapai lima bintang.

Manakala tujuh lagi sekolah IKRAM Musleh telah mencapai empat bintang dalam standard tersebut. Sekolah-sekolah yang mencapai empat bintang tersebut ialah:

  • Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi
  • Sekolah Menengah Al-Azhar, Jitra
  • Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak
  • Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman
  • Sekolah Menengah Islam Al-Ikram, Tasek Gelugor
  • Sekolah Menengah Islam Al-Islah, Sungai Petani
  • Sekolah Menengah Islam Hira’, Jeram

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Prof Dr Omar Yaakob berkata, IKRAM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada lapan buah sekolah menengah rangkaian IKRAM Musleh yang telah memperoleh empat dan lima bintang dalam SKIPS 2023.

Tambah beliau, keputusan pencapaian 37 buah sekolah yang dinilai itu telah diumumkan dalam Majlis Taklimat Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Swasta yang telah diadakan pada Khamis di Putrajaya.

“Kejayaan ini akan menjadi perangsang bagi meningkatkan tekad dan komitmen IKRAM untuk terus membangunkan sistem pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan berkesan,” ujarnya.

Menurutnya, IKRAM melalui usaha sama dengan Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) akan meneruskan usaha gigih ini sehingga mampu membina generasi insan rabbani yang istiqamah dalam dakwah rahmatan lil ‘alamin.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia