Siswa Indonesia kunjungi Belia HARMONI

Dalam kunjungan pada 1 Ogos lalu, delegasi SALAM UI terdiri daripada enam pemimpin yang diketuai Ketua Majlis Syura, Muhammad Ismail.

Dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Setiausaha Agung HARMONI, Ahmad Azizi Mokhtar, majlis kemudiannya diteruskan dengan pembentangan pengenalan SALAM UI oleh Muhammad Ismail berkisar SALAM UI sebagai gerakan mahasiswa Islam yang aktif memainkan peranan di Indonesia dan juga peringkat antarabangsa.

Presiden HARMONI, Ahmad Taqiyudin Shahriman, turut berkongsi berkenaan profil HARMONI, peranan mahasiswa Islam, budaya pengurusan sistematik dalam organisasi dan juga lapan Gagasan Harmoni.

Kunjungan kali ini lebih bermakna apabila sesi dua hala antara HARMONI dan SALAM UI dimanfaatkan bagi membincangkan mengenai isu-isu nasional yang wajar diambil perhatian sehingga ke peringkat antarabangsa dalam meningkatkan prestasi gerakan mahasiswa Islam sebagai gerakan yang massa.

Selain itu, mereka turut membincangkan tentang jaringan kerjasama “ASEAN Youth Network” dengan mengangkat isu “Ekstremisme dan Radikalisme dalam Kalangan Mahasiswa Islam”.

Semoga hubungan dua hala yang terjalin antara HARMONI dan SALAM UI ini akan terus erat dan berterusan dalam pelbagai kerjasama pada masa hadapan, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia