Sisters in Islam (SIS): HIKAM Sokong Gesaan Sultan Selangor

Sisters in Islam (SIS): HIKAM Sokong Gesaan Sultan Selangor

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 19 Jun 2025 yang membatalkan fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap Sisters in Islam (SIS).

Keputusan tersebut dibuat dengan alasan bahawa entiti berdaftar seperti syarikat tidak termasuk dalam takrifan “orang yang menganut agama Islam” seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

HIKAM berpendirian bahawa Islam adalah sistem kehidupan yang lengkap dan fatwa merupakan instrumen penting untuk memelihara akidah serta moral umat Islam.

Meskipun entiti korporat mungkin tidak tertakluk kepada fatwa, tanggungjawab peribadi individu Muslim tetap relevan, bermakna fatwa masih boleh dikenakan terhadap pengasas, pemimpin atau ahli sesebuah organisasi jika mereka terlibat dalam pemikiran atau tindakan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

HIKAM juga memandang serius percubaan menyebarkan fahaman menyeleweng di sebalik entiti korporat dan mencadangkan agar kerangka undang-undang sedia ada dikaji semula bagi mengelakkan manipulasi, bahkan menyeru agar pentadbiran dan perundangan Islam terus diperkasa.

Pendirian HIKAM ini selari dengan gesaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Sisters in Islam (SIS) untuk menggugurkan perkataan “Islam” daripada nama persatuan mereka, dengan matlamat untuk memelihara kesucian agama Islam dan mencegah penyalahgunaan nama Islam oleh entiti yang tindakannya mungkin bertentangan dengan syariah.

HIKAM akan terus memperjuangkan pemeliharaan akidah dan moral umat Islam serta integriti nama Islam, sambil menggesa agar sebarang teguran dan pembetulan dilakukan dengan pendekatan yang mendidik dan membina demi kebaikan masyarakat dan agama.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

  1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
  2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

 

Sekretariat HIKAM

Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung WADAH

Mohd Hafiz Abd Hamid
Setiausaha Agung IKRAM

Muhammad Aliemran Norasid
Setiausaha Agung ABIM

Mohd Sabbri Md Yudin
Setiausaha Agung HALUAN

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia