Sijil Pengajian Islam Lanjutan (SPIL): IKRAM, OUM Meterai MoA

PETALING JAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Open University Malaysia (OUM) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) serta pertukaran dokumen rasmi bagi menjalin kerjasama strategik dalam penganjuran Program Sijil Pengajian Islam Lanjutan (SPIL).

Program SPIL yang dibangunkan bersama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan OUM dan IKRAM menjadi satu inisiatif bersama ke arah memperkukuh pendidikan Islam secara berstruktur, sistematik dan diiktiraf di peringkat nasional.

Majlis tandatangan ini telah disempurnakan oleh Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin, bagi pihak IKRAM dan Presiden/Naib Canselor OUM, Prof. Dr. Ahmad Izanee Awang, bagi pihak OUM pada Selasa, 7 Oktober lalu di Menara OUM di sini.

Turut hadir barisan kepimpinan kanan kedua-dua pihak yang menyaksikan upacara ini sebagai simbol permulaan kerjasama akademik yang signifikan antara institusi pendidikan tinggi dan organisasi masyarakat.

Kerjasama yang dimeterai ini bertujuan mewujudkan platform strategik antara IKRAM dan OUM dalam pembangunan, penganjuran serta pelaksanaan program akademik dan aktiviti berkaitan yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat.

Antara objektif khusus MoA ini termasuklah menawarkan Program Sijil Pengajian Islam Lanjutan (SPIL) yang berkualiti, berstruktur dan mematuhi piawaian akademik yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, di samping menyediakan laluan akademik yang jelas dan diiktiraf bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya.

Selain itu, program ini juga bertujuan memperkukuh kefahaman dalam bidang teras pengajian Islam seperti Akidah, Fiqh, Ulum Hadis, Ulum al-Quran, Usul Fiqh dan lain-lain yang dirangka secara keseluruhannya menjadi 8 modul. Ia sekaligus mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam memastikan pembangunan akademik Islam dilaksanakan secara profesional dan tersusun.

“Kerjasama ini membolehkan pendidikan Islam diperkasakan melalui pendekatan yang tersusun dan diiktiraf secara akademik, agar ilmu yang dipelajari bukan hanya menjadi pengisian rohani, tetapi juga pengiktirafan profesional,” kata Haji Badlishah Sham.

Sementara itu, Prof. Dr. Ahmad Izanee pula menegaskan bahawa OUM berbangga menjadi rakan strategik kepada IKRAM dalam mengarusperdanakan pendidikan Islam melalui sistem terbuka dan fleksibel yang sesuai untuk masyarakat pelbagai latar belakang.

Majlis ini menjadi titik tolak kepada pelaksanaan bersama antara IKRAM dan OUM dalam memperkukuh pembangunan insan berasaskan ilmu dan nilai Islam, seiring dengan visi “Malaysia Negara Rahmah” yang sedang dipacu oleh IKRAM.

Kerjasama strategik ini bakal disusuli dengan Majlis Pelancaran Program Pensijilan dan PsyQiQ Plus pada 16 Oktober ini, yang akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis ini akan turut diserikan dengan sesi bicara psikologi oleh Profesor Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia