Si kembar yang gigih menimba ilmu, pengalaman

Mereka yang juga aktif dalam Jawatankuasa Biro Pembangunan dan Pembelaan Kanak-kanak Wanita IKRAM ini memiliki firma guaman sendiri sejak tiga tahun lalu iaitu Atiqah Syafiqah & Associates yang terletak di Batu Caves, Selangor.

“Sejak di bangku sekolah lagi, kami sememangnya pelajar yang aktif dan sering menyertai forum serta debat antara sekolah,” kata Syafiqah ketika berkongsi mengenai bakatnya sehingga memilih bidang guaman sebagai pilihan kerjaya mereka.

Menurutnya, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperoleh sedikit tidak memuaskan seterusnya menghalang untuk mereka melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam yang diimpikan.

“Namun, kegagalan itu tidak menjadi penghalang untuk kami terus mengejar cita-cita sejak kecil iaitu menjadi seorang peguam hingga mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Tingkatan 6.”

Syafiqah berkata, mereka belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya bergelar pelajar cemerlang apabila memperoleh keputusan terbaik dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

“Alhamdulillah selepas mendapat keputusan STPM pada 2007, kami berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang perbandingan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada 2014.”

Menurut kembar yang berasal dari Perak ini, mereka tidak berhenti dengan kelulusan Sarjana Muda Undang-Undang sahaja.

“Setelah bekerja lebih kurang dua tahun dengan firma guaman yang berbeza, kami sambung pula dalam bidang Diploma Lepasan Ijazah Syariah & Amalan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2016 bagi menimba lagi ilmu dan pengalaman,” jelasnya

Dalam perkembangan berkaitan, mereka turut berkongsi bidang kerjaya berlainan pengkhususan, iaitu peguam bela dan peguam cara.

“Atiqah lebih kepada peguam hartanah, manakala saya pula lebih fokus dalam undang-undang syariah dan litigasi sivil. Jadi tugas kami tidak bertindih antara satu sama lain,” jelas Syafiqah.

Justeru, mereka turut mengakui masih baru dalam bidang guaman dan sesi pembelajaran masih berterusan sehingga kini.

“Kami juga mencari ilmu secara ‘online’ dan ‘offline’ yang bukan sahaja berkenaan ilmu undang-undang tetapi memahami konteks al-Quran dan sejak itu, kekuatan kami dalam bidang guaman yang penuh dengan cabaran ini adalah al-Quran. Kami akan lakukan yang terbaik dalam setiap kes, biarpun akhirnya kes itu menang atau kalah, ia biasa.”

Tegasnya lagi, mereka perlu ada keberanian bercakap depan khalayak, selain mempunyai integriti yang teguh bagi mengelak tergelincir dek pelbagai godaan.

“Apabila kami menjadikan kerjaya ini sebagai cita-cita sejak kecil dan mahu ia terus berjaya, kami sentiasa tanamkan dalam diri untuk sentiasa ikhlas dan jujur dalam membantu pelanggan bagi kes yang diterima,” ujarnya.

Tidak kisah ia kes besar atau kecil, mereka sedaya upaya buat yang terbaik agar kes tersebut berjaya diselesaikan.

“Contohnya kini kami sedang mengendalikan kes berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pula,” ujarnya.

Dalam pada itu, selain terlibat dengan tugas di firma, bagi meluaskan lagi skop tugas mereka,  kembar ini turut aktif dengan aktiviti IKRAM seperti berkongsi mengenai kesedaran pelbagai gejala yang membimbangkan antaranya pornografi dan pedofilia dan juga berkaitan hak-hak wanita.

“Ia selari dengan tugas kami sebagai peguam wanita, pastinya mahu membela nasib wanita terutama yang teraniaya atau cetek ilmu mengenai undang-undang apabila menghadapi masalah untuk mereka bangkit dan sedar langkah boleh diambil dari sudut undang-undang.”

Dalam pada masa yang sama, mereka turut menegaskan bahawa “peguam bukanlah Tuhan.”

“Kami hanya akan lakukan yang terbaik untuk membantu pelanggan selesaikan kes masing-masing.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia