SGS 2016 kemuka 11 resolusi tangani bahaya Syiah

Resolusi yang telah dibentangkan oleh Naib Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Ustaz Hj Burhanuddin Lukman telah digarap hasil daripada pembentangan kertas-kertas kerja yang disampaikan oleh para penceramah jemputan.

Berikut adalah resolusi penuh seminar tersebut: 

1. SGS 2016 menegaskan sokongan terhadap fatwa-fatwa berkaitan Syiah yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama di Malaysia seperti Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri-Negeri bahawa ajaran Syiah adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

2. Bahaya Syiah bukan semata-mata mengancam akidah umat Islam bahkan membawa ancaman keselamatan kepada negara umat Islam yang berpegang kepada akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) seperti yang sedang berlaku di beberapa buah negara umat Islam mutakhir ini.

3. Pendedahan mengenai kesesatan dan bahaya Syiah perlu diperhebatkan melalui pelbagai medium pendidikan seperti sekolah, institusi pendidikan tinggi, khutbah Jumaat, diskusi ilmiah, kuliah-kuliah di masjid dan sebagainya.

4. Pendedahan tentang bahaya dan kesesatan Syiah juga perlu diperluaskan melalui pelbagai media, seperti radio, televisyen, internet, media-media sosial, karya-karya seni dan sastera seperti novel, kartun, drama dan sebagainya.

5. Pendedahan tentang penyelewengan dan bahaya ajaran Syiah perlu diserapkan ke dalam kurikulum yang dipelajari di setiap peringkat institusi pendidikan negara.

6. Pemantapan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah salah satu cara yang paling utama untuk menghadapi serangan dan perkembangan Syiah di dunia Islam terutamanya dalam kalangan masyarakat awam.

7. Undang-undang di setiap negara umat Islam perlu diperkukuhkan dengan menambah peruntukan khusus untuk menjaga kesucian akidah umat contohnya peruntukan berkaitan dengan kesesatan Syiah dan sekatan ke atas penyebarannya.

8. Usaha untuk mendekatkan (taqrib) antara ajaran Islam seperti yang difahami oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan ajaran Syiah adalah suatu usaha yang terbukti sia-sia dan tidak mungkin berlaku kerana perbezaan kedua-dua aliran ini adalah di peringkat usul dan pokok akidah serta perbezaan dalam sumber rujukan ulama, bahkan taqrib Sunni-Syiah ini didapati telah menjadi alat dan peluang kepada Syiah untuk melancarkan dakyah mereka kepada pengikut Sunni.

9. Usaha untuk mendepani gerakan dan penyebaran ajaran Syiah adalah tanggungjawab umat dan perlu dilakukan bersama secara bersepadu dan tersusun melalui kerjasama pihak berkuasa, pembuat dasar, badan-badan bukan kerajaan, institusi pendidikan, pakar-pakar, serta segenap lapisan masyarakat.

10. Sebuah badan yang berperanan sebagai sekretariat penyelerasan bagi semua pihak-pihak yang mendepani ancaman Syiah di peringkat nasional, regional (serantau) dan antarabangsa perlu ditubuhkan.

11. Sebuah pusat sumber dan kajian tentang Syiah yang mengkaji dan menjawab syubhah-syubhah dan keraguan yang dimainkan oleh Syiah juga perlu diwujudkan.

Dengan resolusi tersebut, Ustaz Burhanuddin yang juga Pengerusi Jawantakuasa Ulama’ IKRAM turut berharap agar semua pihak dapat berkerjasama dan memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan resolusi yang telah dibentangkan supaya gerakan Syiah dapat dibendung daripada tersebar luas kepada masyarakat.

Seminar yang telah berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dihadiri lebih 1,000 orang peserta yang datang dari seluruh negara dengan pembentangan kertas oleh para penceramah tempatan dan antarabangsa.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia