Lebih setengah juta kanak-kanak divaksin

SERI KEMBANGAN – Sebanyak 513,393 individu atau 14.5 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) hingga Ahad.

 

“Sejumlah 13,992,391 atau 59.5 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19 dan seramai 22,944,158 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,221,715 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos,” sebagaimana laporan laman web CovidNow.

 

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,806 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,884,882 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

“Sejumlah 128,153 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 61,230 suntikan dos pertama.”

 

Manakala, 464 suntikan dos lengkap dan 66,459 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,148,498.

 

Portal GitHub Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 37 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan Johor merekodkan sembilan kes.

 

Ini diikuti Selangor (tujuh), Kedah (enam), Perak dan Sabah masing-masing empat kes, Pulau Pinang (tiga), Pahang (dua) dan satu kes masing-masing di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Sumber: Bernama

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia