Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 8.30 malam ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dengan kerjasama IKRAM Kawasan Sepang, Pertubuhan AZAM Muda (AZAM), Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) dan AKSI Muda.
Program ini bertujuan untuk mengedepankan e-Sport dan mengasah bakat-bakat baru di samping memperkenalkan IKRAM Sepang dan AZAM sebagai platform e-Sport anak muda khususnya di Sepang.
“Kita menyambut dengan baik hasrat Tun Mahathir untuk menjadikan Cyberjaya dan Sepang sebagai hub e-Sport Malaysia,” kata Tn Ramadhan Lotphi, Ahli Majlis MPSepang.
“Insya-Allah pada masa akan datang, banyak lagi program e-Sport yang kita akan anjurkan di Sepang,” sambung Sdr Mohamad Syahmi Abdul Rahman, Pengarah SET18.
Para peserta SET18 dan Tn Ramadhan Lotphi bersama pemenang pertama, Skuad Eksdi Burden
“IKRAM Sepang sentiasa mencari peluang untuk bersama masyarakat dalam membangunkan bakat dan potensi. Kami percaya setiap bakat dan potensi anak-anak muda hari diasah dan dilentur kearah menyumbang kepada negara kita,” ujar Sdr Mohd Hafif Samsudin selaku Jawatankuasa Rabtul ‘Am dan Belia IKRAM Sepang.
Dalam pertandingan itu, tempat pertama telah berjaya dimenangi oleh Skuad Eksdi Burden yang membawa pulang RM500 beserta hamper, manakala Skuad Reincarnation membawa pulang RM300 dan hamper di tempat kedua.
Skuad Lighting Gaming di tempat ketiga membawa pulang RM200 dan hamper. Hadiah untuk para pemenang telah ditaja oleh Tn Ramadhan sendiri.
Program ini turun dijayakan oleh anak-anak muda dari Nexus yang bertugas sebagai juri pertandingan. Nexus dipimpin oleh Sdr Muhammad Taufik Johan Idris.