Sertai Program “Generasi Qawwam: Anak Muda Hero Keluarga”

SERI KEMBANGAN – Anak muda yang bersedia menjadi ‘hero’ keluarga dijemput menyertai program istimewa bertajuk Generasi Qawwam: Anak Muda Hero Keluarga yang akan berlangsung pada Khamis, 17 Julai 2025 bertempat di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Batu Muda. 

Program ini dijadualkan bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk menyuntik semangat dan kesedaran tentang peranan seorang lelaki  sebagai pelindung serta pemimpin dalam institusi keluarga.

Antara acara yang dijangka mencuri perhatian adalah sesi sembang anak muda bertajuk “Inspirasi Qawwam: Lelaki Itu” yang menampilkan barisan ahli panel tersohor dan dekat dengan jiwa remaja masa kini seperti PU Rahmat, Ustazah Yuhaniz Mohd Yusop dan Tiktoker terkenal, Pakcik Lan. 

Sesi ini akan dikendalikan oleh Zainal Abid Zainal Adlishah dan akan menyentuh secara langsung isu tanggungjawab, keteguhan prinsip dan nilai sebenar seorang lelaki dalam membentuk keluarga serta masyarakat yang sejahtera.

Slot interaktif bersama Zainal Abid akan mengupas persoalan “Siapa Qawwam?”. Seterusnya, peserta akan dibawa menyelami cabaran sebenar yang dihadapi oleh generasi lelaki hari ini dalam sebuah sesi TED Talk bertajuk “Cabaran Generasi Qawwam” yang akan disampaikan oleh pempengaruh dan penceramah terkenal, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan.

Lebih menarik, peserta berpeluang menyertai kuiz istimewa yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM500. Ini bukan sekadar permainan biasa, tetapi satu peluang untuk menguji kefahaman dan refleksi diri terhadap nilai dan peranan seorang lelaki “qawwam” yang sejati.

Majlis perasmian penutup program ini akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar. 

Anak muda yang berminat boleh mendaftar sekarang melalui pautan dalam talian di https://form.jotform.com/advokasinasional/pendaftaran-generasi-qawwam. Tempat adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang ini.

Ayuh, anak muda! Tiba masanya untuk bangkit dan jadi hero sebenar dalam keluarga. Jadilah sebahagian daripada generasi “qawwam” yang bertanggungjawab, matang dan dihormati. Jumpa anda di sana.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia