Serangan Zionis: Hampir 200 penduduk Gaza terkorban

Sebagaimana memetik laporan berita Agensi Anadolu bahawa puluhan serangan Israel serentak melanda beberapa kawasan di selatan dan barat Gaza, dan utara, selatan juga tengah Gaza.

 

Serangan udara Israel mensasarkan lokasi tanah pertanian, jalan raya, infrastruktur lainnya serta menghancurkan markas keselamatan di selatan dan barat Gaza.

 

Pengeboman itu menyebabkan kerosakan besar hingga terputusnya bekalan elektrik di kediaman dan di sekitar tempat yang disasarkan.

 

Seterusnya, kapal perang Israel yang ditempatkan di laut melepaskan tembakan ke arah pantai dan utara Gaza.

 

“Tentera Israel mensasarkan tanah pertanian di sebelah timur   Khan Younis, manakala di selatan dengan serangan ganas,” menurut wartawan yang juga saksi berita Agensi Anadolu.

 

Menurutnya, tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas sebuah rumah di Deir al-Balah (tengah) dan di Gaza yang menghancurkannya sepenuhnya, selain mengebom tanah pertanian di Rafah (selatan).

 

Sebelumnya pada malam Ahad, pesawat perang Israel mengebom beberapa rumah dan tanah pertanian di Rafah dan Khan Younis serta pusat  pentadbiran Gaza hingga menyebabkan berlakunya kebakaran.

 

Selama berhari-hari, tentera penjajah melancarkan serangan ganas tanpa peringatan di beberapa kawasan Semenanjung Gaza dan serangan ini menyebabkan keadaan panik dalam kalangan penduduk disebabkan bunyi kuat serta kehancuran yang terjadi, selain menyebabkan pembunuhan beramai-ramai terhadap beberapa keluarga.

 

Pada waktu subuh Ahad, seramai 42 rakyat Palestin terbunuh termasuk 10 kanak-kanak dan 16 wanita setelah puluhan pangsapuri musnah bersama penghuninya di Jalan al-Wehda, Kejiranan ar-Rimal, sebelah barat Gaza.

 

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sehingga Ahad, mangsa korban serangan tentera Israel yang berterusan di Gaza telah meningkat kepada 197, termasuk 58 kanak-kanak dan 34 wanita di samping 1,235 yang cedera, serta 21 orang yang mati syahid dan ratusan yang cedera di Tebing Barat.

 

Manakala, 10 orang Israel terbunuh dan ratusan lainnya cedera semasa serangan roket oleh pejuang Palestin dari Gaza ke kawasan-kawasan di negara haram itu.

 

Dalam pada itu, Briged Saraya al-Quds, sayap ketenteraan Jihad Islami memaklumkan pada waktu subuh Isnin bahawa mereka telah melakukan pengeboman ke atas tiga bandar di selatan Israel, dengan ledakan peluru berpandu yang kuat sebagai tindak balas terhadap pengeboman Israel yang mengganas di Gaza.

 

Kredit foto: MyCARE

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia