IKRAM sepadu misi seluruh negara bantu mangsa banjir

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia menguruskan misi kemanusiaannya secara bersepadu dalam menyusun sukarelawan dan agihan bantuan kepada mangsa banjir.

 

Pengurus Pusat Operasi Banjir IKRAM, Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan berkata, semua misi oleh IKRAM akan diselaraskan mengikut keutamaan di kawasan-kawasan terjejas.

 

“Kita perlu menyusun mengikut keutamaan dan keperluan agar bantuan dan tenaga dapat disalurkan dengan lebih efektif dan efisien,” jelasnya.

 

Menurutnya, antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah Kuantan, Jerantut dan Temerloh di Pahang manakala Hulu Langat, Shah Alam, Subang Jaya dan Klang di Selangor.

 

“Kita juga membantu kawasan-kawasan lain yang turut terjejas.”

 

Tambahnya, setelah pusat operasi ditubuhkan pada Ahad lepas, sebanyak 20 Bilik Operasi Banjir IKRAM telah beroperasi di lima buah negeri, manakala lebih 1,400 sukarelawan IKRAM dan institusinya telah disusun dalam puluhan misi bantuan dan pembersihan.

 

Kata Iqbal lagi, rakyat Malaysia amat prihatin dengan nasib mangsa-mangsa banjir.

 

“Sumbangan kewangan melalui institusi-institusi IKRAM sangat memberangsangkan dan kita sangat berterima kasih dan menghargai keprihatinan mereka untuk membantu mangsa-mangsa banjir.”

 

Sumbangan dan bantuan kepada mangsa-mangsa pascabanjir amat diperlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun institusi-institusi IKRAM berikut:

 

1. Yayasan IKRAM Malaysia – https://www.billplz.com/caknabanjir

2. MyCARE – https://mycare.qrd.by/bencana

3. Hidayah Centre Foundation – https://bit.ly/TBencana

4. IKRAM Health (Bantuan perubatan) – https://www.billplz.com/danabanjirIH

5. Belia Harmoni (Mahasiswa) – https://www.billplz.com/DaruratBanjirHarmoni

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia