Semua pihak diseru pertahan Dr Yusuf al-Qaradhawi

Ustaz Hasanuddin berucap dalam Perhimpunan Solidariti Bersama Dr Yusuf Al-Qardhawi pada Jumaat lalu di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini anjuran Gerakan Solidariti Bersama Al-Qaradhawi.

Beliau turut membacakan surah al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud:

“Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.”

Katanya, Syeikh al-Qaradhawi antara insan yang Allah telah kurniakan kebijaksanaan dan ia tanda Allah memberikan kebaikan yang banyak kepadanya.

“Hanya orang-orang yang beringat sahaja mampu menilai kelebihan dan kebaikan.

“Maka kita adalah orang yang bangkit mempertahankan beliau kerana kita orang yang beringat,” jelas beliau.

Tambah Ustaz Hasanuddin, Syeikh al-Qaradhawi telah menjadi pakar rujuk dan alim yang memberi panduan dan ilmunya dengan fatwa-fatwanya melalui pelbagai buku dan kitab.

Beliau juga memetik hadis sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim bahawa Allah tidak akan mencabut ilmu daripada jiwa-jiwa hambanya, tetapi dengan tiadanya alim ulama’, dan orang ramai memilih pemimpin daripada orang-orang jahil yang menyesatkan.

Bagi beliau, usaha menyenarai hitamkan terhadap ulama’ tersebut adalah antara usaha-usaha Mesir untuk mengurangkan para ulama’ dan menyifatkan ia adalah perancangan Yahudi yang tidak mahu revolusi Mesir bermula kembali.

Beliau juga mengharapkan semua pihak bangkit bersama-sama untuk mempertahankan Dr Yusuf al-Qaradhawi dengan mencadangkan supaya diadakan perarakan di seluruh Malaysia untuk mempertahankan ulama’tersohor itu.

Turut hadir menyampaikan ucapan dalam perhimpunan tersebut ialah Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (Pengerusi SHURA),  Dr Mohd Roslan Mohd Nor (Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia), Haji Azmi Abdul Hamid (Pengerusi MAPIM), Dr Muhammad Nur Manuty dan lain-lain.

Gerakan Solidariti Bersama Al-Qaradhawi adalah gabungan NGO-NGO dan pelbagai pihak di Malaysia yang menyokong dan mempertahankan Syeikh al-Qaradhawi yang dikenakan waran tangkap oleh Interpol dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas ke atas beliau.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia