Seminar ‘Haruan Makan Anak’ buka mata masyarakat

Seminar anjuran Wanita IKRAM Kelantan dengan kerjasama Rakan Sukarelawan Islam (RaSi) Universiti Sains Malaysia (USM) serta Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah berlangsung pada 16 Februari lalu di Dewan Kuliah 1, Pusat Pengajian Sains Pergigian USM di sini.

“Berdasarkan perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes membabitkan mangsa kanak-kanak adalah 83 peratus daripada 1,353 yang direkodkan sejak 2013,” kata Ketua Wanita IKRAM Kelantan, Prof Madya Dr Zaharah Sulaiman.

Pelaku tertinggi jenayah itu adalah bapa yang mewakili 25 peratus daripada keseluruhan kes diikuti bapa tiri, bapa saudara dan abang.

Tambahnya, lebih 70 peratus daripadanya menarik balik laporan polis yang dibuat kerana bimbang terbuka aib keluarga dan takut kehilangan sumber pendapatan.

Perbuatan terkutuk itu hanya dirujuk kepada pihak berkuasa sekiranya mangsa hamil atau cedera akibat tindakan pelaku.

Menurut Dr Zaharah, jenayah ini boleh dicegah melalui pelbagai aspek termasuk pendidikan ancaman pornografi, kawalan penggunaan Internet anak-anak dan menyebarkan peranan lelaki sebagai pelindung keluarga.

Seminar ‘Haruan Makan Anak’ yang dihadiri sekitar 150 orang peserta dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Hj Mohd Shukri Ismail yang mengupas berkenaan dengan hukum, pembelaan dan tanggungjawab.

Peserta seminar juga disajiikan dengan Forum “Haruan Makan Anak: Cegah, Siasat dan Rawat” yang membariskan ahli panel hebat iaitu aktivis sosial Syed Azmi al-Habshi, Timbalan Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Kota Bharu, Tuan Mohd Rozi Mohamed dan Prof Madya Siti Hawa Ali daripada One Stop Crisis Centre (OSCC) USM.

Turut hadir Setiausaha IKRAM Kelantan, Ustaz Azizee Rohim yang menyempurnakan perasmian penutup seminar dan Pengarah seminar, Dr Fatimah Az-Zahra Dinsuhaimi.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia