Semangat tinggi pecahkan kepungan Gaza

 “Alhamdullilah, dah sail. Everybody in high spirits, weather excellent,” mesej Dr Fauziah Mohd Hasan semasa belayar menaiki kapal Zaytuna-Oliva bersama 12 ahli misi yang lain setelah majlis pelepasan.

Menurut beliau ketika ditemubual berita melalui telefon oleh Astro Awani, kapal tersebut membawa 13 orang iaitu 10 peserta dengan tiga kru.

“Misi dijangka akan berlayar sepanjang 1,000 batu nautika yang memakan masa sehingga tujuh atau lapan hari,” jelas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata, perjalanan ini merupakan pusingan ketiga dan terakhir pelayaran setelah bertolak dari Barcelona pada 16 September 2016.

“Bot kedua, Amal 2, akan berlepas dengan tambahan lima peserta dan tiga kru bot, sebaik sahaja isu-isu teknikal yang tertangguh diselesaikan,” jelas beliau yang turut hadir dalam majlis pelepasan misi WBG.

  

Dr Fauziah memegang jalur gemilang semasa majlis pelepasan dan kapal Zaytouna-Oliva sedang berlepas

Tambah beliau, Dr Fauziah yang berkhidmat sebagai pegawai perubatan dalam misi ini telah memastikan setiap ahli misi bahawa Gaza berada dalam fikiran mereka dan setiap mereka berada dalam kesihatan yang terbaik untuk menghadapi pelayaran berterusan selama lapan hari ke Gaza yang serba melelahkan ini.

“Beliau (Dr Fauziah) berkata, mereka akan memasuki Gaza dan akan disambut oleh penduduk Gaza yang menunggu di pantai, insyaAllah.

“Beliau meminta doa setiap rakyat Malaysia supaya misi ini akan berjaya dan mencapai objektifnya bagi menegaskan kebebasan untuk Gaza,” kata beliau.

Turut hadir dalam pelepasan memberikan sokongan adalah suami Dr Fauziah, Prof. Dr. Hj Mohd Alauddin Mohd Ali yang juga Bendahari IKRAM bersama-sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Ir. Hj Selamat Aliman.

Berikut adalah senarai delegasi kapal Zaytouna-Oliva yang sedang menuju ke Gaza:

1. Mairead Maguire, Ireland (1976 Nobel Peace Prize, Aktivis kapal MV Rachel Corrie 2010);

2. Marama Davidson, New Zealand (Ahli Parlimen, Aktivis Alam Sekitar & Hak Asasi Manusia);

3. Jeannette Escanilla, Sweden (Ahli Parlimen Sweden Left Party, Aktivis kapal Estelle 2012)

4. Samira Douaifia, Algeria (Ahli Parlimen Algeria, Aktivis Kanak-Kanak dan Wanita)

5. Leigh-Ann Naidoo, South Africa (Peserta Bola Tampar Olimpik 2004 Athens)

6. Ann Wright, United States (Pesara askar US Kolonel, Bekas Diplomat US)

7. Yudit Barbara Ilany, Israel (Aktivis Hak Asasi Wanita, Freelancer Israel Social TV)

8. Dr. Fauziah Hasan, Malaysia (Pakar O&G, Penasihat Rose2Rose, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE)

9. Mina Harballou, United Kingdom (Wartawan Al-Jazeera)

10. Hoda Rakhme, Russia (Jurukamera Al-Jazeera)

11. Sandra Barrilaro, Spain (Jurukamera)

12. Synne Sofie Reksten, Norway (Kru Kapal)

13. Emma Ringqvist, Sweden (Kru Kapal)

Kapal Zaytouna-Oliva dijadualkan memasuki dan berlabuh di perairan Gaza pada hari ke-20, iaitu pada 4 atau 5 Oktober 2016.

Misi WBG yang disertai dua wanita Malaysia, yang mana seorang lagi, Pn Norsham Abu Bakar masih berada di Messina sebelum dijadual bergerak menuju ke Gaza dengan menaiki kapal Amal 2.

Sumber: Dr Hafidzi Mohd Noor | Rose2Rose

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia