Semak Kesahihan Fakta Elak Sebar Berita Palsu

SERI KEMBANGAN – Ketika negara sedang bergelut dengan wabak COVID-19 pada 2020, sebanyak 1,837 aduan berita palsu berhubung isu vaksin diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Situasi berkenaan mencetuskan panik dalam kalangan orang awam sehingga ada yang hilang kepercayaan terhadap usaha kerajaan membawa keluar rakyat daripada situasi pandemik COVID-19 ketika itu,” kata Ketua Bahagian Keselamatan Rangkaian MCMC Harme Mohamed.

Beliau berkata, penyebaran berita palsu dalam talian bukan hanya boleh menyebabkan keadaan panik, ia juga mampu mengganggu-gugat kestabilan dan keselamatan negara.

“Trend berkaitan berita palsu berterusan dengan sebanyak 143 aduan diterima MCMC dari Januari hingga Februari lepas.”

Menurutnya antara berita palsu itu melibatkan tadbir urus kerajaan dengan 37 peratus aduan, kes jenayah seperti skim penipuan dan penyamaran (16 peratus) dan isu kepenggunaan (15 peratus).

“Mengikut tinjauan Kumpulan Meltwater Malaysia pada tahun lepas, 29.55 juta rakyat Malaysia atau 89.6 peratus melayari Internet selama sembilan jam sehari,” ujarnya.

Justeru, bagi menangkis lambakan maklumat palsu dalam talian, semakan terhadap fakta menjadi inisiatif terbaharu bidang kewartawanan di negara ini.

Penyemak fakta di MyCheck Malaysia, Fatin Najmi Mohammad Shah berkata, semakan fakta atau fact-check adalah evolusi dalam dunia kewartawanan dengan laporan mendalam dihasilkan menggunakan teknik dan alatan (tools) semakan fakta.

“Dalam proses menyemak fakta, input yang kami sertakan dalam laporan bukan hanya berdasarkan kenyataan penafian oleh individu dan organisasi berkaitan semata-mata, tetapi kami juga sertakan maklumat berdasarkan dapatan daripada penyiasatan terperinci yang dibuat.”

“Untuk proses itu, kami perlu menggunakan tools semakan fakta dan mendedahkan kepada orang awam setiap proses yang dibuat,” katanya.

Menurutnya pada tahun lepas, sebanyak 164 laporan semakan fakta dilakukan MyCheck Malaysia membabitkan pelbagai isu seperti kepenggunaan, kesihatan, dasar kerajaan dan politik yang tular di media sosial.

MyCheck Malaysia yang bermula sejak Mac 2020 merupakan inisiatif semakan fakta yang beroperasi secara editorial bebas untuk membanteras maklumat palsu yang tersebar luas di negara ini mengikut piawaian antarabangsa ditetapkan International Fact Checking Network (IFCN).

Selain MyCheck Malaysia, antara organisasi yang menjalankan usaha semakan fakta di Malaysia ialah AFP Fact Check Asia (Malaysia).

Dalam perkembangan berkaitan, Prof Madya Masato Kajimoto daripada Pusat Pengajian Kewartawanan dan Media, Universiti Hong Kong berkata, terdapat perbezaan ketara antara pemeriksa fakta dan wartawan kerana peranan wartawan adalah untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tentang perkara yang mereka tidak tahu, manakala pemeriksaan fakta ialah membetulkan fakta yang sudah diketahui umum.

“Pemeriksa fakta mesti mahir dalam bidang selain daripada menghasilkan laporan komprehensif, seperti menggunakan alat semakan fakta, hebat dalam pemantauan media sosial, dan membuat grafik atau video penjelasan,” tambahnya.

Kajimoto, yang juga Ketua Pengarang di Asian Network of News and Information Education (Annie) Lab, sebuah organisasi semakan fakta berasaskan universiti menegaskan bahawa semakan fakta adalah penting kerana maklumat salah boleh menimbulkan ketakutan, panik dan dalam banyak kes, kemarahan dalam diri individu, mengakibatkan rusuhan, kematian dan akibat buruk yang lain.

“Sebagai contoh, semasa protes selama berbulan-bulan Hong Kong yang dikenali sebagai Pergerakan Payung pada 2014.”

Menurutnya, pelbagai khabar angin tersebar menerusi Internet, bahan audio-visual yang dimanipulasi dan bentuk tuntutan tidak berasas yang sering menjadi suapan harian media kepada rakyat.

“Orang ramai mahukan maklumat yang pasti, oleh itu, kita akan cuba mencari sendiri jawapannya, tetapi orang ramai tidak terdedah kepada semakan fakta. Maka, mereka perlu mencari sendiri jawapannya. Natijahnya, mereka terpaksa bergantung kepada sumber-sumber yang boleh dipercayai, yang kadangkala mengelirukan juga,” katanya.

Berikutan itu, Fatin Najmi dan Kajimoto juga berpendapat penyemak fakta perlu bergerak seiring dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan mereka dapat mengenal pasti corak penyebaran maklumat palsu menerusi aplikasi tersebut.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia