Semai Budaya Integriti: IKRAM, IIM Teroka Ruang Kerjasama

Semai Budaya Integriti: IKRAM, IIM Teroka Ruang Kerjasama

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Institut Integriti Malaysia (IIM) semalam bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh agenda integriti dan antirasuah di negara ini.

Kunjungan di Menara Integriti itu diketuai oleh Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin, bersama Setiausaha Agung IKRAM, Mohd Hafiz Abd Hamid, Ahli Jawatankuasa Pusat Agenda Nasional, Haji Ainullotfi Abdul Latif serta pegawai-pegawai Jabatan Agenda Nasional.

Ketibaan delegasi IKRAM telah disambut mesra oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) IIM, Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, bersama barisan pengurusan kanan institut tersebut.

Sesi dimulakan dengan pembentangan pengenalan oleh pihak IIM, yang turut menjelaskan pelbagai inisiatif dan program integriti yang telah dan sedang dibangunkan sepanjang tahun 2025.

Dalam taklimat tersebut, Datuk Ramdzan menekankan kepentingan penerapan nilai integriti di semua peringkat kehidupan masyarakat, termasuklah di peringkat awal pendidikan dan pembentukan sahsiah kanak-kanak, selaras dengan usaha IIM untuk merangka modul khas bagi pelajar-pelajar tadika agar nilai integriti dapat disemai sejak kecil.

Menariknya, pertemuan ini turut berlangsung ketika IIM sedang giat membuat persediaan bagi penganjuran Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025, sebuah program berprestij nasional yang kini berada pada fasa penilaian akhir. 

Penganjuran AIGA 2025 ini terbuka kepada dua kategori utama iaitu sektor awam dan sektor swasta, dengan tujuan menilai tahap kecemerlangan organisasi serta menggalakkan penambahbaikan dalam sistem pengurusan integriti, tadbir urus dan antirasuah di seluruh negara.

Dalam pertemuan itu, IKRAM turut mengambil kesempatan memperkenalkan profil dan peranan organisasi, termasuk pelbagai inisiatif pengislahan negara dan masyarakat yang dijalankan dalam bidang pendidikan, sosial dan pembinaan sahsiah.

Antara fokus utama yang dikongsi ialah pelaksanaan Kempen Integriti dan Antirasuah (KIAR) yang akan berlangsung sepanjang bulan November dan Disember 2025 di seluruh IKRAM peringkat negeri dan kawasan, termasuk institusi-institusi di bawah naungan IKRAM.

Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk meneroka ruang kerjasama strategik pada masa hadapan, khususnya dalam aspek pendidikan nilai, latihan kepimpinan dan advokasi integriti nasional.

IKRAM turut menyatakan penghargaan kepada pihak IIM atas kesudian meluangkan masa serta membuka ruang dialog yang bermakna demi menyemarakkan budaya integriti dalam masyarakat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia