Selamatkan pelarian Fallujah!

Kira-kira 86,000 daripada 300,000 penduduk terpaksa keluar dari Fallujah setelah pertembungan antara tentera Iraq dan ISIS di Fallujah yang berakhir 26 Jun 2016 ditambah pula dengan suhu sehingga 47 darjah Celsius yang menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa para pelarian. 

Kelengkapan agensi pelarian UNHCR pula hanya mampu menampung sehingga 16,830 orang pelarian sahaja iaitu sekitar 19% daripada keseluruhan jumlah pelarian Fallujah. Di samping itu, ribuan pelarian mengalami dehidrasi kerana bekalan air per individu dihadkan kepada 3 liter berbanding keperluan 10 liter sehari.

PBB turut mengumumkan bahawa sejumlah RM260 juta (USD65 juta) diperlukan untuk menampung keperluan di Fallujah.

Atas kesedaran ini, Salam Iraq, sebuah agensi di bawah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah melancarkan kempen Tabung Kecemasan Fallujah (Fallujah Emergency Appeal) bagi membantu lebih 86,000 pelarian Fallujah.

Sehingga 3 Ogos 2016, sumbangan yang diterima hanyalah 30% daripada jumlah kutipan yang disasarkan. Oleh itu, rakyat Malaysia yang prihatin dan dermawan dirayu untuk menyumbang dalam kempen ini yang berlangsung hingga 31 Ogos 2016.

Sumbangan berbentuk kewangan dan penyebaran maklumat tentang kempen ini kepada rakan-rakan yang lain amat dihargai dan diperlukan. Bantuan akan difokuskan kepada makanan dan keperluan asasi yang akan disalurkan melalui rakan NGO di sana.

Dua langkah mudah untuk menyumbang:

1. Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ (Akaun Maybank Islamic : 5642-5856-0698).

2. Maklumkan melalui e-mel ke [email protected] bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 019-6551948 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Fallujah’.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE di talian 03-8941 2341 (En Aiman).

Dengan sumbangan tersebut, diharapkan kita dapat bersama-sama menjayakan kempen ini agar nyawa rakyat awam Iraq yang terperangkap dalam krisis kemanusiaan di sana dapat diselamatkan, insya-Allah.

Sumber: FB Salam Iraq

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia