Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2016

Semenjak 1911, Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun pada 8 Mac sebagai hari untuk memberi sokongan dan mengiktiraf sumbangan serta peranan wanita dalam pembangunan masyarakat dunia. “Pledge for Parity” menjadi tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016 yang membawa erti “Bersama Menjamin Kesetaraan”.

Tema yang menekankan kepentingan kesaksamaan atau kesetaraan gender dalam pembangunan masyarakat, telah sekian lama menjadi asas perjuangan gerakan wanita peringkat global dalam kerangka perjuangan hak asasi.

Wanita IKRAM terpanggil untuk mengulas tema “Bersama Menjamin Kesetaraan” bukan sahaja dalam kerangka perjuangan hak asasi tetapi untuk kembali kepada prinsip asas yang mengaitkan antara peranan, tanggungjawab dan hak wanita dalam aspek pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam memperjuangkan hak wanita, ianya tidak boleh diasingkan dari membicarakan juga peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan agar pendirian yang terhasil lebih bersifat pandangan pertengahan yang tidak terlalu konservatif dan pada masa yang sama tidak juga terlalu liberal.

Perjuangan membela nasib wanita yang tertindas dan dinafikan haknya perlu dilihat bukan sahaja dari prinsip kesamarataan atau kesetaraan tetapi juga dari sudut kesaksamaan yang bermaksud berlaku ADIL dalam menentukan hak dan tanggungjawab serta meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tidak berlaku sebarang bentuk diskriminasi.

Islam mengiktiraf keadilan dan kesaksamaan lelaki dan wanita dari sudut keimanan dan tanggungjawab terhadap Tuhan Rab al-‘Alamin. Lelaki dan wanita yang terbaik ialah mereka yang paling tinggi keimanannya dan paling baik di dalam menjalankan tanggungjawabnya di sisi Allah tanpa sebarang diskriminasi.

Pada masa yang sama, Islam mengiktiraf perbezaan biologi lelaki dan wanita dalam menentukan tanggungjawab dan peranan masing-masing. Adalah membebankan lelaki dan wanita jika kita samaratakan tugas, tanggungjawab dan peranan antara mereka tanpa mengambil kira fungsi biologi dan peranan setiap jantina dan kemampuan mereka dalam memberikan khidmat terbaik kepada keluarga dan masyarakat.

Pendekatan ini akan memberi lebih keadilan kepada kaum wanita berbanding perjuangan berasaskan kesamaan gender dalam rangka hak asasi yang mengabaikan perbezaan lelaki dan wanita serta mengenepikan nilai-nilai agama dan budaya yang dianuti ahli-ahli masyarakat.

Wanita Malaysia hari ini telah mencapai banyak kejayaan dan terlibat di dalam pembangunan masyarakat hasil dari peluang samarata yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada wanita untuk menerima pendidikan. Namun demikian, penglibatan wanita seterusnya di dalam kerjaya berdasarkan kemampuan dan kemahiran yang mereka miliki telah memberi tekanan yang tinggi dalam diri wanita tersebut bagi menyeimbangkan tanggungjawab asas mereka sebagai anak, isteri dan ibu. Tidak dapat dinafikan bahwa situasi ini telah banyak memberi kesan kepada kesejahteraan institusi keluarga dan mengakibatkan pelbagai masalah sosial yang sedang dihadapi oleh negara.

Mengambilkira prinsip kesaksamaan (equity) dalam melihat kepada isu ini, akan menuntut kepada perlunya diwujudkan skim perkhidmatan yang lebih anjal kepada kaum wanita dan keperluan untuk menyediakan pusat penjagaan anak-anak yang lebih baik semasa wanita itu bekerja. Ianya akan membolehkan wanita terus menyumbang kepada masyarakat dengan produktif tanpa mengabaikan tanggungjawab asas mereka kepada keluarga.

Pada masa yang sama kemahiran yang mereka miliki akan disalurkan kepada pembangunan negara sebaiknya. Memberi lebih kemudahan dan sokongan yang diperlukan kepada pekerja wanita berbanding pekerja lelaki tidak membawa maksud diskriminasi.

Sebaliknya ianya adalah untuk berlaku adil kepada mereka dilihat dari sudut peranan dan tanggungjawab. Begitu juga apabila undang-undang syariah menetapkan pembahagian harta pusaka lebih dipihak lelaki, ianya juga berkait dengan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kaum lelaki.

Sehubungan dengan itu, sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016 ini, Wanita IKRAM menyarankan perkara-perkara berikut:

1. Pembentukan dasar dan polisi yang melibatkan pembangunan dan pembelaan wanita dibuat mengambilkira peranan, tanggungjawab dan hak wanita khususnya bagi memelihara kestabilan institusi keluarga yang merupakan unit penting dalam masyarakat dan tanggungjawab asas wanita sebagai anak,isteri dan ibu tidak terabai.

2. Wanita terus memperkasakan dirinya dengan ilmu untuk mengenal matlamat hidup, membina jatidiri, melaksanakan tanggungjawab, menuntut hak dan membuat keputusan dalam hidupnya sesuai dengan tuntutan Islam. Ruang dan peluang terus diberi kepada wanita untuk mencapai cita-cita dan potensi penuh mereka dengan mengadakan sistem sokongan yang bersesuaian mengikut keperluan kaum wanita.

3. Sumbangan wanita dalam membangunkan masyarakat dinilai dengan lebih holistik dengan juga melihat kepada pencapaian indek kesejahteraan keluarga, kadar jenayah dan gejala sosial, keruntuhan akhkak generasi muda dan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kualiti hidup rakyat keseluruhannya.

Wanita yang memilih untuk mengurus sendiri rumah tangga, anak-anak dan keluarganya, wajar diberikan pengiktirafan dan penghargaan di atas sumbangan mulia ini, tanpa memperkecilkan dan merendah-rendahkan pilihan yang diambil. Wanita ini juga wajar diberikan imbalan yang tertentu dan pengiktirafan ekonomi, selaras dengan usaha dan sumbangan yang diberikan kepada masyarakat dan negara dengan mendidik generasi masa depan negara

4. Masyarakat terus dididik untuk menghormati wanita dan menghargai perbezaan gender dalam menentukan peranan dan tanggungjawab masing-masing samada di dalam keluarga, tempat kerja dan masyarakat; dan

5. Menghentikan semua bentuk keganasan terhadap wanita dan usaha-usaha pembelaan kepada wanita perlu diuruskan dalam suasana yang harmoni, memudahkan dan tidak membebankan atau menyusahkan kaum wanita untuk memperolehi bantuan dan sokongan yang diperlukan.

Selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa. Jom kita bina bersama Malaysia menjadi negara rahmah.

Datin Paduka Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia