Sel membuktikan Allah itu Maha Esa?

Semua organisma hidup sama ada multisel atau unisel menjalankan proses kehidupan seperti makan, bernafas, bergerak, mengeluarkan sisa buangan, membiak, membesar dan bertindak balas terhadap rangsangan.

 

Oleh kerana saiz sel amat kecil iaitu sekitar 10 µm (nanometer), kewujudannya hanya diketahui dan dapat dikesan setelah manusia dapat mencipta mikroskop ringkas iaitu dikenali sebagai mikroskop cahaya.

 

Sel mula digambarkan pada tahun 1665 oleh seorang saintis Inggeris yang bernama Robert Hooke. Beliau telah mengkaji kepingan nipis tisu tumbuhan dengan menggunakan mikroskop buatannya sendiri.

 

Melalui pemerhatian tersebut, Robert Hooke mendapati bahawa daripada kepingan tisu tumbuhan itu terdapat banyak bentuk seperti kotak-kotak halus (fine box-like shapes).

 

Bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut mengingatkan beliau kepada bilik-bilik kurungan di dalam penjara yang dikenali sebagai ‘sel’. Oleh itu, beliau menamakan bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut sebagai ‘sel-sel’ (cells).

 

Pada tahun 1839, dua orang saintis  Jerman iaitu Matthias J. Schleidon dan Theodore Schwann telah mencadangkan teori sel. Teori ini menyatakan bahawa sel terdapat secara universal dan merupakan unit asas organisma hidup. Ilmu berkenaan sel yang kemudiannya dikenali sebagai sitologi makin berkembang terutamanya setelah terciptanya mikroskop elektron pada tahun 1930.

 

Secara amnya, setiap sel terdiri daripada membran/dinding sel, sitoplasma dan nukleus. Komponen utama sitoplasma yang dikenali sebagai sitosol secara kimia mengandungi 85 peratus hingga 90 peratus air. 

 

Ringkasnya, para saintis membuat kesimpulan, bagi sesuatu organisma hidup itu hidup, maka ia memerlukan air. Di samping itu juga, para pengkaji yang mahu membuktikan bahawa wujudnya kehidupan (organisma hidup yang wujud secara fizikal) di mana-mana planet di angkasa lepas, akan memastikan terlebih dahulu adakah di sana terdapat air. Jika ada, besar kemungkinan wujudnya organisma hidup di situ. 

 

Kesimpulannya, air merupakan perkara asas kepada kehidupan. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya, Muhammad SAW dalam al-Quran lebih 1,400 tahun yang lalu.

 

Firman Allah yang bermaksud: 

“.. dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup..” (Surah al-Anbiya’: 30)

 

Menurut Tafsir al-Jalalain, ayat ini menjelaskan bahawa air merupakan sebab sesuatu itu hidup. Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW mengetahui hakikat tersebut sedangkan saiz setiap satu sel tidak lebih daripada 0.00001 mm dan mikroskop ringkas hanya diciptakan pada awal kurun ke-17?

 

Hal ini membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW benar-benar seorang Rasul yang diutus oleh Allah SWT, manakala al-Quran pula benar-benar merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Baginda SAW.

 

Bahkan, fakta bahawa asas kejadian semua benda hidup adalah sama iaitu sel, membuktikan kepada kita bahawa setiap benda hidup diciptakan oleh Pencipta yang sama iaitu Allah SWT yang Maha Esa. 

 

Ustaz Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib, Ketua Hal Ehwal Syariah IKRAM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia