Seks Bebas, HIV: Keutuhan Keluarga Dalam Bahaya

Sekali lagi kita dikejutkan dengan laporan mengenai penularan HIV dalam masyarakat kita.

Kali ini kita dimaklumkan dengan penglibatan seks bebas dalam kalangan pelajar lelaki di IPT oleh seorang pakar perubatan keluarga dalam program Di Sebalik Isu Bersama FY pada 16 September

Walaupun pesakit HIV sudah boleh menjalani kehidupan sihat dengan adanya ubat Antiretroviral (HAART), ramai yang bergejala tidak mahu ke hadapan kerana ia masih dilihat sebagai satu stigma dalam masyarakat.

Keadaan ini sudah pasti boleh melambatkan usaha penghapusan wabak HIV dalam negara.

Menurut Menteri Kesihatan seperti yang dilaporkan oleh CodeBlue 18 Mac 2022, pada tahun 2021, 63 peratus kes HIV yang dilaporkan melibatkan pengamal homoseksual dan biseksual. Kini, 90 peratus daripada hampir 126,000 pesakit HIV/AIDS di negara kita adalah daripada golongan lelaki. 

Kalau sepuluh tahun lepas, punca utama penularan wabak HIV/AIDS adalah penggunaan dan perkongsian jarum terutama dalam kalangan penagih dadah.  Kini, penyakit berkaitan HIV menular melalui hubungan seks terutama seks sejenis oleh kaum lelaki.  

Profil pesakit baru HIV di Malaysia mirip dengan apa yang berlaku di peringkat antarabangsa. UNAIDS melalui laporannya The Global HIV/AIDS Epidemic pada 27 Julai 2022 merekodkan 31 peratus daripada pengidap baharu HIV adalah dalam kalangan orang-orang muda berusia 13 hingga 24 tahun.

Jangkitan ini berlaku terutamanya melalui hubungan seks antara lelaki dan wanita termasuk pasangan suami isteri.

Namun, punca jangkitan tersebut dapat dikesan melalui hubungan seks sejenis terutama lelaki dengan lelaki, transgender, pelacur dan penagih dadah.

Pelajar-pelajar IPT adalah segmen masyarakat yang cerdik dan boleh berfikir dengan baik. Merekalah yang akan mengambil alih teraju kepimpinan negara dalam semua sektor; politik, pentadbiran, perniagaan, keselamatan, perubatan dan lain-lain.

Di atas bahu mereka akan diletakkan tanggungjawab memakmurkan dan menjamin kedaulatan negara. 

Anak-anak muda yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran di IPT adalah sumber harapan keluarga dan negara.

Harapan ini lebih ketara ke atas anak-anak muda lelaki yang pastinya akan menjadi ketua sekurang-kurangnya dalam rumah tangganya. Beliau akan menjadi suami dan bapa kepada anak-anaknya.  

Alangkah sedihnya ibu bapa dan keluarga jika mendapat tahu anak atau saudara mereka mendapat jangkitan HIV terutama melalui hubungan seks luar nikah dan songsang. Keutuhan keluarga tersebut boleh terjejas sehingga runtuh sama sekali.  

Dalam negara Malaysia yang mengutamakan kesopanan dan kesusilaan, perbuatan hubungan songsang tidak boleh diterima oleh semua masyarakat berbilang kaum dan agama. Masyarakat negara ini menilai tinggi akhlak dan moral.

Justeru, usaha daripada semua pihak mesti diteruskan untuk memerangi gejala HIV ini terutama oleh ibu bapa dan keluarga. 

Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) boleh menerajui usaha ini melalui program-program kesejahteraan keluarga dan gaya hidup sihat.  

Perbuatan yang melanggar undang-undang termasuk undang-undang syariah perlulah dibenteras. Pihak IPT di seluruh negara juga mesti meningkatkan program kesedaran, pendidikan dan saringan berkala HIV kepada pelajar-pelajar baru dan lama.

Usaha kesedaran dan pendidikan mengenai HIV juga wajib ditingkatkan di peringkat sekolah menengah.

Badan media massa kerajaan dan swasta boleh menambah waktu siaran termasuk waktu perdana untuk mendidik masyarakat terhadap bahaya HIV/AIDS.  

Diharapkan insiden HIV/AIDS di negara kita dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.

Perkara ini amat penting untuk menjamin warga Malaysia sihat dan produktif. Warga yang sihat menjadi pemangkin kepada pembentukan keluarga utuh dan negara Malaysia yang cemerlang.

Rozalli Hashim

Ketua Fokus Institusi Keluarga Utuh

Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia