Sekolah tempat mendidik, elak pengaruh politik kepartian

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius usaha menyebarkan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ (Komik BRI) yang mengandungi unsur propaganda politik kepartian di sekolah-sekolah seperti yang dilaporkan oleh media.

IKRAM berpandangan sekolah merupakan institusi yang mulia bagi mendidik anak-anak menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sepertimana yang ditegaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Komik tersebut yang mengandungi unsur propaganda politik kepartian adalah tidak sesuai untuk diedarkan di sekolah-sekolah.

Pengedarannya di sekolah-sekolah boleh menimbulkan keresahan kepada ibu bapa dan masyarakat, malahan berpotensi mencetuskan salah faham dan ketegangan.

Sebarang usaha untuk menyebarkan propaganda politik kepartian di sekolah adalah satu tindakan yang tidak wajar dan harus dibanteras.

IKRAM membantah apa jua tindakan oleh mana-mana pihak yang boleh menggugat keharmonian, muhibah dan perpaduan nasional.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tidak memberi kelulusan bagi pengedaran komik tersebut kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.

IKRAM menyeru semua pihak agar bersatu hati, berkolaborasi dan meningkatkan kompetensi bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia