Sekolah Menengah Usahawan pertama di Malaysia

 “Dan berlainan dengan Sekolah Menengah Usahawan Al-Amin, Ulu Klang ini, yang bermula dari tingkatan satu. Maka sekolah ini adalah perintis kerana bermula di tingkatan satu,” demikian ujar pengetuanya Muallimah Wan Norsiah Wan Abdullah.

Beliau berkata, perancangan untuk mewujudkan sekolah ini tidak memakan waktu yang lama iaitu bermula pada Jun 2016 lalu. Seterusnya dalam mesyuarat yang kerap diadakan, individu-individu yang berkaitan berbincang bentuk model yang hendak dilaksanakan di sekolah menengah ini.

“Ketika itu saya menjadi Guru Besar Sekolah Al-Amin Wilayah. Apabila membuat perlantikan pengetua, saya dilantik dan dipersetujui menerajui Sekolah Menengah Usahawan Al-Amin, Ulu Klang ini.”

Daripada perbincangan segera itulah menurut Wan Norsiah, nama ‘usahawan’ itu wujud dan disepakati.

“Kami melihat bagaimana produk Al-Amin dan produk sekolah-sekolah Musleh, bagaimana sumbangan mereka terhadap dakwah sekarang. Usia Al-Amin sudah 30 tahun, begitu juga sekolah-sekolah lainnya yang dalam tempoh serupa.”

Justeru, menurutnya pelajar-pelajar tersebut tentunya telah berusia 37 tahun pada tahun ini.

“Sepanjang usia 37 tahun produk Al-Amin ini, di mana mereka dalam masyarakat kita sekarang? Ya, mereka ada di mana-mana. Namun kita masih nampak kekurangan untuk mereka berada dalam bidang keusahawanan.”

Berikutan hal tersebut, beliau merasakan elemen Al-Amin ini akan melahirkan pelajar yang mampu terlibat dalam bidang keusahawanan.

“Kenapa tidak diadakan dari awal dan kita speed up untuk pembentukan usahawan itu pada diri pelajar-pelajar?” ujarnya yang berpandangan, 10 tahun lagi, setiap warga Malaysia ini perlu ada pekerjaan sendiri iaitu membangunkan sesuatu untuk kehidupan.

Sekolah yang terletak di bangunan Pusat Bandar Melawati ini sangat menitik beratkan program tarbiah dan akhlak di samping memberi ruang dan peluang kepada pelajar mengetengahkan serta mencurahkan kreativiti juga idea mereka di tempat yang sepatutnya iaitu dengan mewujudkan ruangan ‘Pitching Area’.

Untuk pendaftaran dan kemasukan, sila ke http://my03.awfatech.com/alamin/sps/edaftar/reg.php?sid=8 atau kunjungi Page FB SM Usahawan Al-Amin, Ulu Klang.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung Sekolah Menengah Usahawan Al-Amin, Ulu Klang ini boleh hubungi 019-2912837 atau melalui e-mel [email protected].

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia