Tambahnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Penulis Wanita IKRAM Nasional (PenaWan) 2017, umat pada hari ini sedang melalui satu fasa peralihan bahawa mereka tidak kuat tetapi tidaklah begitu lemah, di mana para penulis perlu mengambil kesempatan untuk merapatkan jurang perbezaan dan mengisi ruang tersebut.
“Dalam situasi ini, kita sebagai para da’ie mempunyai banyak peranan yang boleh dimainkan,” kata beliau dalam mesyuarat yang berlangsung meriah pada Sabtu, 25 Februari lalu di Pejabat IKRAM Shah Alam di sini.
Jelasnya, bidang penulisan merupakan salah satu daripada relung dan medan dakwah IKRAM yang telah diwujudkan sekian lama bagi membantu mencapai rancangan IKRAM 1619 untuk memacu perubahan masyarakat dan negara.
Ucapan perasmian, perkongsian Muharikah dan para peserta PenaWan
Mesyuarat buat pertama kalinya ini telah dihadiri 47 perserta dari seluruh negara yang terdiri daripada kumpulan Penulis Wanita IKRAM Nasional atau lebih dikenali sebagai Sahabat PenaWan.
Selain bertujuan mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa baharu Sahabat PenaWan, mesyuarat ini juga bertujuan mengumpulkan penulis-penulis wanita dari seluruh negara serta mendengar perkongsian daripada panelis-panelis jemputan yang berpengalaman dalam bidang penulisan.
Hadir dalam mesyuarat itu, penulis Muharikah atau nama sebenarnya Dr. Nur Aisyah Zainordin yang berkongsi tip menulis ketika menyampaikan tajuk “Menulis: Hobi atau Misi?”
“Menulis lebih kepada perkongsian rasa. Bukan kerana ‘aku tahu dan kamu tidak tahu’, bukan untuk mengajar-ajar pembaca. Jika tidak, penulis akan ada rasa terbeban untuk menuliskan sesuatu,” demikian kata beliau.
Sementara itu, Nazrin Aneeza, penulis ‘Novel Hanya Dia Untukku’ turut hadir berkongsi dengan para peserta berkaitan penulisan.
“Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita mesti ada tempat rujukan,” katanya.
Justeru menurutnya, pada setiap bab dalam novel beliau ada dimasukkan hadis dan ayat-ayat al-Quran.
Dalam pada itu, Ir. Endok Sempo selaku Penasihat PenaWan dalam ucapannya turut mengupas isu-isu wanita yang boleh dijadikan sebagai bahan utama dalam penulisan.
Perkongsian Nazrin Aneeza, Talk Show dan Ahli Jawatankuasa baharu PenaWan
Sebelum berlangsungnya mesyuarat turut diadakan Talk Show yang bertajuk “Trend Terkini Pembaca’ bersama Mohd Ikram Mohamad Nor Wazir, Pengurus Penerbitan di PTS Milennia Sdn Bhd dan Fatin Syamimy Liana Badaruddin, Pengurus Iman Publication.
Kumpulan Nasyid Ulwan Artista, yang mewakili belia wanita turut mempersembahkan tiga buah lagu, menghiburkan para peserta PenaWan.
Berikut adalah Ahli Jawatankuasa PenaWan 2017-2019 hasil keputusan pemilihan dalam mesyuarat tersebut:
Penasihat: Ir Hjh Endok Sempo Mohd Tahir
Pengerusi Tetap: Norhayati Sidek
Pengerusi: Nurul Faizah Abd Hamid
Timbalan Pengerusi: Jannatun Nisa Jahasnum
Setiausaha: Umairah Shafei
Bendahari: Siti Hajar Shuid
Ahli Jawatankuasa:
1. Nik Aishah Nik Hitam
2. Nik Khatijah Nik Mud
3. Husna Abd. Rahman
4. Masturah Mohd Arep
5. Ezzah Syahira Halim
Turut dilantik lima wakil dari Zon Tengah, Utara, Selatan, Timur serta Sabah dan Sarawak.
“Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Semoga amanat ini dapat dipikul dalam melancarkan perjalanan dakwah dalam penulisan,” ujar Pengerusi Biro Media Wanita IKRAM, Dr Hafidzah Mustakim.
Pengerusi baharu PenaWan, Nurul Faizah berkata, beliau berharap dengan penubuhan organisasi ini, ia dapat membantu melahirkan penulis wanita yang konsisten dalam penulisan.
Lagi foto AGM PenaWan 2017: http://bit.ly/2lQcjja