SBPI Sabak Bernam, SDAR dan MTNP ungguli Debat MUSLEH 2016

SBPI Sabak Bernam mengalahkan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang  sementara SDAR mengalahkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Dr. Ismail, Pontian dan MTNP pula mengulangi kejayaan tahun lalu dengan mengalahkan Madrasah Al Junied, Singapura. 

    

Pasukan SBPI Sabak Bernam, SDAR dan MNTP bersama piala pusingan

Dalam pada itu, Muhammad Wafi Anwar Roslan (SMAP Kajang), Ammar Affendi (SDAR) dan Muhammad Aliff Furqan Abdul Ghani (MTNP) telah diumumkan sebagai pendebat terbaik pusingan akhir dalam kategori masing-masing.

Juara debat menerima hadiah wang tunai RM2,000 berserta piala pusingan kejohanan, sijil penyertaan dan trofi sementara naib juara menerima RM1,500 berserta sijil penyertaan dan trofi.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Tn Ahmad Lotfi Zubir yang turut merasmikan majlis penutup kejohanan debat mewakili Pengarah Bahagian, Tn Hj Abdul Halim Ismail.

    

Suasana kejohanan debat, tetamu jemputan yang hadir dan ucapan perasmian penutup

Turut hadir Prof. Dr. Omar Yaakob selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Hjh Kamaliah Noordin, Timbalan Pengerusi, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim, Ketua Wanita, Dr Hj Ahmad Zainuddin Abdullah, Ahli Jawatankuasa Pusat dan Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Noor, Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH.

MUSLEH ISDC kali ke-8 ini dianjurkan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Pendidikan IKRAM MUSLEH Berhad dengan kerjasama KPM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan International Centre for Educational Excellence (ICEE) pada 11-14 Ogos lalu.

Sebanyak 92 buah pasukan daripada 56 buah sekolah dari Malaysia, Singapura, Pakistan dan Indonesia berdebat dengan tema-tema yang meliputi politik, ekonomi, alam sekitar, sosial, sukan, kesihatan dan pendidikan.

Kejohanan ini berdasarkan format debat ala Parlimen Malaysia yang mengaplikasikan sistem ‘power match’ berkumpulan yang lazimnya digunakan dalam pertandingan-pertandingan antara universiti di peringkat antarabangsa.

Dengan kepetahan dan kefasihan serta teknik pemikiran yang kritis digabungkan secara bersama dalam menyampaikan perdebatan dengan sempurna, kejohanan ini bertujuan untuk menjadi medan bagi membentuk sifat yakin diri para pendebat melalui kemampuan berhujah dan mempertahankan hujah dengan cara beradab, penuh berhikmah dan boleh diterima pihak lawan.

Selain itu, kejohanan ini juga menjadi medan pertemuan, perbincangan dan perkongsian pengalaman antara penyelidik, penggiat, pengusaha dan pihak yang berkepentingan dalam sistem pendidikan Islam negara dan serantau.

Album Perlawanan Akhir dan Majlis Penutup: http://bit.ly/2aVpPRd
Web: http://muslehdebate.com/ | FB: https://www.facebook.com/muslehisdc/
Instagram: https://www.instagram.com/muslehdebate/ | Twitter: https://twitter.com/muslehdebate

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia