Sayangi Malaysiaku, Mari Bersama-sama Memacu Perubahan

Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Kita sekali lagi berkesempatan menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan negara kita, Malaysia daripada penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 2018 ini, sejak tanggal 31 Ogos 1957, negara kita telah mencapai status sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Perkara yang paling penting kepada rakyat seluruhnya berhadapan dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara ialah memahami hakikat kemerdekaan, bagaimana ia sepatutnya diisi atau disambut, dipertahankan oleh rakyat dan kerajaan, bagaimana ia dapat dijadikan asas kepada perkembangan negara menuju sebuah negara rahmah mithali.

Hakikat kemerdekaan sesebuah negara dan masyarakat dalam perspektif Islam ialah kebebasannya daripada cengkaman-cengkaman kehidupan yang membelenggu pilihan dan kebebasan mereka seperti cengkaman nafsu, pemikiran dan pemahaman yang salah, sesat, perbuatan-perbuatan yang jahat, cengkaman syaitan, taghut, penjajah dan manusia yang jahat.

Kemerdekaan sesebuah negara dan masyarakat hanya akan wujud sesudah ia bebas daripada cengkaman-cengkaman dan belenggu-belenggu tersebut.

Sewaktu kemerdekaan itu wujud, sesebuah negara dan masyarakat akan bergerak bebas mengendalikan perjalanan hidupnya berasaskan pilihannya sendiri dengan penuh kebijaksanaan, lepas bebas daripada cengkaman-cengkaman di atas, aktif melakukan kerja-kerja kebaikan yang akan memajukan negara dan kehidupan masyarakatnya, memakmurkan dunia dan hubungan sesama manusia sejagat.

Rakyat dan kerajaan akan berperanan memajukan negara, menjaga hak-hak semua warganya secara adil, tidak melakukan tindakan-tindakan atau amalan-amalan yang akan memburukkan keadaan atau memundurkan negara serta menambah kesusahan rakyat, meningkatkan keupayaan negara dan rakyat untuk terus berkembang maju, mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi lagi sehingga ia menjadi masyarakat dan negara yang berprestasi tinggi, maju dan kuat, menjadi ikutan dan contoh kepada dunia antarabangsa.

Tidak cukup dengan perkembangan tersebut, negara dan masyarakat di dalamnya berasaskan asas-asas kekuatan yang telah sedia dibina akan dapat berkembang maju lagi, melahirkan sebuah tamadun kemanusiaan yang akan semakin sempurna dengan berlalunya masa, menjadi sebuah negara rahmah mithali terhadap rakyatnya, negara-negara tetangga dan masyarakat manusia sejagat.

Sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaaan Malaysia yang ke-61 ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berharap supaya kerajaan dan rakyat bersama-sama menyayangi negara ini serta membina Malaysia baharu dengan sebaik-baiknya, tulus ikhlas bagi memajukan negara serta mengangkat status kesejahteraan kehidupan rakyatnya ke tahap yang lebih tinggi.

Dengan usaha tersebut, Malaysia mampu untuk tampil sebagai sebuah Negara Rahmah ke atas semua, berjaya menggerakkan pembangunan sebuah tamadun kemanusiaan yang mendekati kesempurnaaan dan mengkhidmati masyarakat manusia sejagat, insya-Allah.

“Sayangi Malaysiaku”

“Malaysia Menjadi Negara Rahmah”

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia