Saya dan perunding imej

“Jangan pakai baju tu… Tak sesuai dengan suasana orang kampung.”

Begitulah antara teguran ‘perunding imej’ saya yang menjalankan tugasnya dengan cukup cekap dan amanah. Cuma kena tahan sikit telinga dan turunkan sikit ego.

 

Saya sendiri selalu sarankan orang lain agar amalkan akhlak mudah menegur dan mudah ditegur. Akhlak mudah ditegur rupanya adalah satu jalan pintas untuk meningkatkan akhlak dan kemahiran kita.

Siapa ‘perunding imej’ saya? Berapa bayaran yang perlu saya bayar? Beliau adalah isteri saya sendiri dan bayarannya PERCUMA. Kalau ikut nilaiannya cukup tinggi, tak terbayar.

 

Alhamdulillah saya mempunyai seorang isteri yang hampir setiap kali mengikuti saya semasa program ceramah dan kursus. Malahan beliau sendiri akan menjadi salah seorang daripada fasilitatornya.

Untungnya melantik isteri selaku konsultan imej, servisnya berjalan 24 jam, tujuh hari seminggu. Bukan senang nak cari servis sedemikian rupa.

“Engkau senang le… Isteri engkau tak bekerja,” ada orang menegur saya.

“Ya… Isteri saya tak bekerja. Dia mengemas rumah sebab dia tak bekerja. Dia menjaga anak seramai enam orang, sebab dia tak bekerja. Dia menjaga makan minum saya dan anak-anak saya sebab dia tidak bekerja. Saya pula perlu rehat sebab saya letih bekerja,” jawapan yang saya biasa berikan kepada sesiapa yang merasakan menjadi suri rumah itu adalah satu tugas yang mudah.

Bagi saya, melibatkan isteri dalam kerja-kerja dakwah yang kita lakukan akan meringankan beban kerja kita. Apatah lagi menyedari perempuan ni ada sifat-sifat yang melengkapi sifat-sifat yang ada pada lelaki secara umumnya.

 

Perempuan biasa suka melihat pada ‘details’, lelaki pula biasanya secara umum dan ‘overall’. Perempuan akan sensitif pada perkara yang kecil dan sering dipandang seolah-olah remeh, manakala lelaki pula sensitif pada perkara yang pokok.

 

Maka, bagi sesiapa yang hendak bernafas panjang dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan, libatkanlah isteri dalam kerja-kerja dakwah mereka.

 

Jangan ada sifat, “Ini orang lelaki punya hal, you jangan ganggu” atau “You jaga anak baik-baik, sudah memadai. Kerja-kerja ni tak sesuai dengan you.”

 

Satu ketika saya mendapati isteri saya tidak pandai menggunakan komputer, hendak cut and paste pun tak pandai. Baginya komputer ini bukan kemahirannya. Tapi saya asuh beliau sedikit demi sedikit, saya belikan komputer MacBook Pro yang mampu membuat suntingan video.

 

Sekarang ni alhamdulillah, beliau telah menghasilkan klip video lebih banyak daripada saya sendiri dan mampu memegang Ahli Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat bahagian media. Ia tidak akan berlaku jika di peringkat awal saya tidak benarkan beliau mencampuri urusan dakwah saya.

 

Tanamkanlah sifat melihat kebaikan pada setiap orang. Dalam bahasa Inggeris disebut ‘Good Finders’. Walaupun ungkapan ini telah dipopularkan oleh Motivator terkenal Zig Ziglar, tetapi pengamalannya banyak telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

 

Sentiasalah melihat kelebihan dan kehebatan orang lain terutama pasangan hidup kita. 

 

Dr Hishamuddin Alham
Pesara Pensyarah Kanan UTM Skudai

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia