Sasar tajaan iftar RM1 juta untuk 60,000 penerima

Mereka ini memerlukan bantuan kita semua, jadi saya menyeru dan berharap agar rakyat Malaysia untuk sama-sama menjayakan program bantuan ini seterusnya bagi mencapai objektif sasaran kutipan RM1 juta,” rayu Profesor Madya Ainullotfi Abdul Latif, Pengarah Rayuan Ramadhan 2016/1437H. 

Program anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melalui agensi khidmat masyarakatnya, i-Bantu bertujuan untuk mengumpul dana bagi menaja program berbuka puasa untuk umat Islam yang lebih memerlukan di 15 negara.

Negara-negara tersebut ialah Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Pakistan, Nepal, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Syria, Iraq, Yaman, Sudan dan Malaysia.

“Bantuan akan diberi kepada mereka yang memerlukan iaitu anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin, orang kurang upaya, muallaf dan saudara baru. Tidak dilupa juga mereka yang terkesan dengan konflik dan peperangan, ditimpa bencana dan pelajar miskin,” jelas beliau.

Beliau dalam sidang media yang diadakan pada Jumaat berkata, program ini memerlukan sokongan daripada semua pihak, individu, masyarakat umum dan juga sektor korporat di seluruh pelosok tanah air agar ia dapat direalisasikan seterusnya mencapai objektifnya.

“Pihak kami juga turut menyediakan tabung yang akan diedarkan di sekolah-sekolah bagi mendidik masyarakat khususnya kanak-kanak dan pelajar-pelajar untuk meningkatkan kesedaran serta kefahaman mengenai nasib juga masalah saudara-saudara seumat kita yang lebih memerlukan di seluruh dunia agar lebih terbela,” jelasnya.

Jelas beliau lagi, program Rayuan Ramadhan ini juga berkerjasama dengan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Hidayah Centre Foundation (HCF).

“Agihan sumbangan dalam negara akan diuruskan sendiri oleh i-Bantu IKRAM iaitu melalui IKRAM Negeri atau Daerah dan Hidayah Centre Foundation manakala bagi pengagihan sumbangan luar negara ia akan diuruskan oleh MyCARE (Palestin, Syria dan Iraq).

“Kami juga akan dibantu oleh rakan-rakan NGO pelaksana luar negara yang akan menguruskan pengagihan di luar negara antaranya Action Caring Team (Filipina), Mustaqbal Organization for Youth Welfare and Training dan beberapa NGO lain,” kata Ainullotfi.

Turut hadir dalam sidang media Hj Nordin Shafie, Ketua Pegawai Operasi Ibu Pejabat IKRAM, wakil MyCARE, Abdul Hafidz Hashim dan wakil HCF, Ibrahim Aizuddin serta beberapa orang sekretariat Rayuan Ramadhan dan wartawan.

Mereka yang ingin menyumbang sambil beramal boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan IKRAM Malaysia melalui akaun Maybank bernombor 5621 4240 5154 atau Bank Islam Malaysia Berhad 12113 01004 9959.

Laporan program yang lalu dan brosur boleh dilihat di laman sesawang www.ramadhan-qurban.org manakala sebarang pertanyaan untuk maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-41012080 atau 017-2766384.

Pada tahun lalu (2015), program Rayuan Ramadhan telah berjaya mengumpul sumbangan untuk tajaan iftar berjumlah lebih RM700,000 dengan anggaran telah memanfaatkan seramai 50,000 orang penerima di 17 negara termasuk Malaysia.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia