Sasar tajaan 900 bakal hafiz Gaza

Projek anjuran Aqsa Syarif dengan kerjasama Muslim Professionals Forum (MPF) ini telah memasuki tahun keempat penajaan iaitu tahun terakhir semenjak 2013.

DQWS adalah salah satu badan bukan kerajaan (NGO) di Gaza yang mempunyai rangkaian pusat pengajian al-Quran yang besar. Bermula dengan 100 orang pelajar 17 tahun yang lalu, kini DQWS mempunyai lebih 22,000 orang pelajar atau 1,600 kumpulan (halaqah) hafazan al-Quran di seluruh Gaza.

Kempen tajaan hafiz ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang prihatin di mana dari tahun 2013 hingga 2015, sejumlah RM1.4 juta telah berjaya diagihkan kepada DQWS untuk tujuan ini.

Al-Quran adalah rahsia kekuatan dan faktor penting mengapa warga Gaza masih mampu bertahan daripada serangan kejam rejim Zionis selama ini. Daripada generasi ke generasi, mereka terus mempertahankan Gaza sehingga ke hari ini kerana telah dididik dan diperkuat jiwa mereka dengan al-Quran.

Dengan jumlah RM700, penyumbang dapat menaja seorang pelajar tahfiz al-Quran di Gaza dan memastikan perjuangan membebaskan Palestin terus kuat dan teguh berkat didikan al-Quran kepada generasi muda pewaris pejuangan.

Ayuh, jangan lepaskan peluang sehingga 31 Mei ini!

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah dan di kalangan para malaikat.” (HR Muslim, al-Tarmizi, Ibnu Majah & Abu Daud)

Salurkan sumbangan anda ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui Bank Islam (1209-20100-34904) atau CIMB (8602-135-592).

Sila maklumkan melalui e-mel, nama berserta slip sumbangan kepada [email protected] dengan tajuk ‘Adopt a Hafiz 2016’. Pemberian resit adalah atas permintaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
En Hussaini: 013-779 8012
Pn Noorazian: 012-211 5749

Semoga sumbangan anda menjadi saham dalam kebangkitan dan perjuangan membebaskan Gaza, al-Quds dan Palestin, insya-Allah.

Sumber:
1. Kenyataan Media: http://bit.ly/1TvmJN2
2. Graduasi Tahfiz 2015: http://bit.ly/1rZpK2c

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia