Saringan kesihatan untuk komuniti Rohingya

Program ini mendapat kerjasama para pegawai doktor, jururawat dan ahli farmasi daripada Beacon International Specialist Centre dan IKRAM Health serta dibantu oleh sukarelawan MyCARE Selangor.

Pada 26 Ogos lalu, para pelajar Madrasah Muiinul Islam Rohingya di Meru termasuk para guru dan ibu bapa telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang diketuai oleh Dr Raj.

Pada 19 Ogos 2017, pemeriksaan kesihatan turut diadakan di Sekolah Ethnic Rohingya Community of Arakan (ERCA), Sri Serdang yang diketuai oleh Dato’ Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Wahid, melibatkan kanak-kanak yang belajar, ibu bapa dan juga tenaga pengajar di sana.

    

Saringan kesihatan di Meru, Sri Serdang dan Sg. Sekamat

Pada 12 Ogos pula, program ini juga dilaksanakan di penempatan komuniti Rohingya di Kampung Sungai Sekamat, Kajang yang diketuai oleh Dr. Raja A. Shaharul Malek. Pelbagai peringkat usia menjalani pemeriksaan tersebut sama ada kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Semoga usaha ini sedikit sebanyak membantu kelancaran kehidupan etnik Rohingya yang berlindung di sini yang menghadapi dan kekejaman dan kezaliman berterusan tentera Myanmar dan ektremis Buddha di Arakan.

Mereka yang berminat untuk menyumbang dalam Tabung Kemanusiaan Rohingya, boleh melayari pautan berikut: https://www.billplz.com/selamatkanrohingya 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia