Saranan Mahkamah Syariah mesra keluarga disambut baik

“Cadangan tema seminar ini adalah bertepatan dengan usaha JAKESS yang ingin dicapai dalam perancangan strategik lima tahun akan datang iaitu menjadikan Mahkamah Syariah mahkamah yang mesra keluarga,” kata beliau dalam kunjungan hormat Wanita IKRAM ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) pada 17 Februari 2016 lalu. 

Tambahnya lagi, ini bermakna tatacara kelolaan mahkamah perlu diubah supaya lebih mesra keluarga sesuai dengan isu-isu yang dikendalikan.

“Tujuan kunjungan ini adalah untuk mengenali dengan lebih dekat peranan dan perkembangan perjalanan Mahkamah Syariah Negeri Selangor,” demikian ujar Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim yang turut dihadiri wakil Wanita IKRAM Selangor dan Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan dalam kunjungan tersebut.

    

Selain itu, Wanita IKRAM turut menawarkan sebagai NGO rakan Mahkamah Syariah dalam bentuk perkongsian strategik dan berbincang mengenai kertas cadangan seminar tersebut sekali gus menjemput YAA Ketua Hakim sebagai penelis utama dalam seminar yang bakal diadakan pada 26 Mac nanti.

Jelas Datin Paduka, usaha JAKESS menjadikan Mahkamah Syariah di Selangor sebagai mahkamah mesra keluarga menunjukkan bahawa institusi syariah yang membawa syiar Islam mempunyai pendekatan yang jauh lebih ke hadapan daripada tatacara kendalian mahkamah sivil masa kini.

“Langkah ini merupakan way forward untuk memartabatkan pelaksanaan syariah di Malaysia,” tambah beliau.

Sehubungan dengan itu, Wanita IKRAM akan terus menyokong usaha-usaha ini sehingga ianya menjadi realiti dan mengucapkan tahniah kepada JAKESS atas usaha-usaha yang dilakukan.

Sumber: Wanita IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia