Santuni anak yatim, taja hafiz Palestin

Sejak kempen Bulan Anak Yatim yang dilancarkan pada 2013, bantuan telah diagihkan melibatkan hampir 3,000 orang anak-anak yatim Palestin, Iraq, Syria, Filipina, Rohingya serta 75 buah keluarga asnaf.

 

Kempen pada tahun ini akan diteruskan dengan beberapa program yang disusun bertujuan bagi meraikan anak-anak yatim, penyumbang serta rakan kerjasama dan bakal penyumbang.

 

Antara aktiviti yang telah disusun sepanjang bulan ini adalah Program ‘Meet and Greet’ antara penaja dan anak yatim, kempen Orange4Orphan, Tajaan Komputer Peribadi kepada 20 organisasi anak yatim terpilih dan banyak lagi.

 

Dalam pada itu, sehingga tahun 2020, MyCARE telah mengagihkan bantuan kepada anak yatim dan keluarga asnaf berjumlah RM22,745,670.10.

 

Demi melihat lebih ramai anak-anak yatim tajaan rakyat Malaysia dapat merealisasikan impian, MyCARE sekali lagi mengajak pada dermawan untuk meneruskan sumbangan dan menyebarluaskan kempan Bulan Anak Yatim 2021 ini.

 

Para dermawan yang ingin memberikan sumbangan kepada anak yatim dan keluarga asnaf boleh menyalurkannya melalui akaun:

 

Humanitarian Care Malaysia
Maybank Islamic 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592

 

Sertakan rujukan sumbangan ‘Anak yatim’ atau #care4orphan atau #orange4orphan ATAU #care4asnaf. Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui e-mel [email protected] atau Whatsapp 013-7444760.

 

Untuk menaja anak yatim secara bulanan atau tahunan, borang dalam talian boleh didapati di pautan http://bit.ly/JomTaja. Untuk maklumat lanjut, hubungi Raimi Sayuti / Khadijah Said di talian 03-89412341 / 013-7444760.

 

Selain itu, MyCARE dengan kerjasama Muslim Professionals Forum (MPF) turut menganjurkan projek Adopt a Hafiz 2021 untuk tahun keempat bagi para dermawan menaja seramai 900 bakal hafiz dari Gaza dan Tebing Barat.

 

Dengan serendah RM50 bagi seorang pelajar hafiz, tajaan boleh disalurkan melalui pautan https://donate.mycare.org.my/c/aah atau akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (CIMB: 8602135592) dengan rujukan AAH2021. Sila Whatsapp/Telegram sumbangan anda ke wasap.my/60166366369 atau e-mel ke [email protected]

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia