Sang helang yang terus terbang: Ini 15 info menarik Khabib

Khabib meninggalkan dunia MMA pada usia muda dan ketika berada di kemuncak persada kariernya. Dengan rekod tanpa kalah dalam 29 perlawanan dan berada di singgahsana takhta UFC selama dua tahun, Khabib bersara dan berjaya mengekalkan kejuaraannya dengan penuh bergaya.

 

Berikut adalah 15 info menarik mengenai Khabib Nurmagomedov:

 

1. Khabib berasal dari Dagestan, sebuah wilayah umat Islam di Rusia yang berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Syafie.

 

2. Keluarga Nurmagomedov merupakan suku kaum Avar, sebuah bangsa kulit putih beragama Islam di Rusia.

 

3. Topi berbulu yang sering dipakainya dipanggil papakha, topi tradisional wilayah Caucasus (Dagestan, Chechnya, Azerbaijan, Georgia).

 

4. Ayah Khabib, Almarhum Abdulmanap Nurmagomedov adalah seorang jurulatih seni bela diri sambo dan judo. Rumah mereka di Sildi, Dagestan dijadikan gelanggang seni bela diri untuk melatih atlet-atlet seni bela diri kebangsaan.

 

5. Pada usia sembilan tahun, Khabib dilatih bertarung dengan anak beruang peliharaan keluarga mereka dan selalu tewas.

 

6. Sehingga kini, Khabib memegang gelaran International Master dalam empat jenis seni bela diri iaitu sambo, judo, pankration dan army combat.

 

7. Pada tahun 2008 hingga 2011, Khabib menyertai MMA di Rusia dan menang 16 perlawanan tanpa kalah.

 

8. Pada tahun 2012, Khabib menyertai UFC dan tidak pernah tewas dalam 29 perlawanan.

 

9. Sepanjang 12 tahun kariernya dalam MMA professional, Khabib tidak pernah kalah walau satu pertarungan.

 

10. Musuh ketat Khabib, Conor McGregor pernah menjadi idola Khabib pada tahun 2014. Ketika itu, McGregor adalah jaguh UFC dan Khabib bercita-cita mahu berlatih dengannya. Namun pada tahun 2019, mereka menjadi musuh dan Khabib berjaya menewaskan McGregor dalam perlawanan fenomena yang menyaksikan Conor McGregor dimalukan.

 

11. Setelah Khabib mengumumkan untuk bersara selepas pemergian ayahnya, Conor McGregor turut berdukacita dan mengucapkan takziah.

 

12. Selain Khabib, ada tiga orang lagi ‘Nurmagomedov’ yang menjadi legasi ayahnya dalam sukan MMA iaitu Usman, Umar and Abubakar Nurmagomedov. Mereka adalah sepupu Khabib yang turut bertarung dalam sukan MMA.

 

13. Khabib mahir bertutur dalam enam bahasa iaitu bahasa Avar, Kumyk, Rusia, Turki, Inggeris dan Arab. Menurut ayahnya, Khabib boleh berbahasa Arab tapi selalu malu hendak buka mulut.

 

14. Selain bertarung dalam sukan MMA, Khabib merupakan seorang graduan ekonomi daripada Makachkala Finance and Economics di Rusia. Beliau kini berada dalam tahun keempat sarjana ekonomi di Plekhanov Russian University of Economics.

 

15. Khabib telah berkahwin pada tahun 2013 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Isterinya, Fatimah tidak pernah ditonjolkan dalam mana-mana media. Ketika majlis perkahwinan mereka juga, muka Fatimah ditutup dan tidak didedahkan kepada orang ramai.

 

Begitulah 15 info menarik tentang Khabib Nurmagomedov yang mungkin ramai yang tidak tahu.

 

Akhir sekali, antara sifat terpuji Khabib di pentas MMA adalah beliau sentiasa taat dan patuh kepada ayahnya yang juga jurulatihnya, selain menyanjung tinggi nasihat ibunya.

 

Setiap keputusan, tingkah laku dan gerak langkahnya dalam sukan MMA adalah bertitik tolak daripada dorongan ibu dan ayahnya. Tidak hairanlah mengapa beliau sangat bersedih atas pemergian ayahnya hingga membuatkan Khabib bersara pada usia muda.

 

Selain itu, Khabib dalam ucapan-ucapannya di pentas antarabangsa yang turut disaksikan oleh seluruh warga dunia, Khabib sentiasa memuji Allah dan menyatakan kejayaannya adalah daripada Allah.

 

Tanpa segan silu Khabib mengucapkan alhamdulillah dan lailahaillallah sambil menunjukkan jari telunjuk. Kemenangannya dalam setiap pertarungan tidak pernah diraikan tanpa sujud syukur kepada Allah.

 

Begitulah seharusnya seorang manusia yang hidup di atas muka bumi Tuhan, tidak menyombong diri dan angkuh apabila berada di kemuncak dunia, malah tunduk dan merendah diri pada kekuasaan Allah.

 

Begitulah Khabib mengajarkan kita tentang tawaduk selain banyak lagi pelajaran yang boleh kita ambil daripada susuk legenda tinju ini.

 

Dr Azizul Salehudin
Yang Dipertua IKRAM Manjung

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia