Sambutan HBIA 2026 Bakal Tampilkan Sedikit Kelainan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (HBIA 2026) berhasrat untuk menampilkan sedikit kelainan berbanding sambutan pada tahun-tahun sebelum ini.

Bertemakan “Bahasa Ibunda: Warisan dan Identiti Kita Bersama”, menariknya sambutan HBIA ke-15 ini akan turut mengadakan pertandingan esei dan melukis di peringkat sekolah rendah, selain persembahan pelbagai budaya masyarakat Malaysia.

“Sekolah-sekolah juga boleh mengadakan pertandingan lain yang sesuai di sekolah mereka sendiri (seperti puisi, drama, choral speaking dan lain-lain).”

“Mereka juga boleh mengadakan ceramah tentang kepentingan bahasa ibunda dan mewujudkan kesedaran tentang mengapa HBIA diwujudkan, apakah kepentingannya dan mengapa HBIA disambut di seluruh dunia,” kata Pengerusi Jawatankuasa HBIA 2026, Siah Kwong Liang dalam sidang media hari ini.

Pelancaran HBIA dijangka akan diadakan pada 28 Februari di KLSCAH, pertandingan esei dan melukis pada Februari hingga April, serta karnival dan penyampaan hadiah pula 9 Mei depan, yang melibatkan antaranya pameran esei dan lukisan, permainan tradisional, aktiviti kebudayaan dan bicara berirama pelbagai bahasa.

Pihak penganjur menyasarkan kehadiran yang lebih baik pada tahun ini daripada semua NGO, dengan jangkaan 150 orang akan hadir majlis pelancaran, manakala 400 hadirin untuk karnival dan penyampaian hadiah.

“Negara Malaysia amat terkenal kerana masyarakatnya yang majmuk, hidup berharmoni dan sentiasa mewujudkan situasi memelihara dan menghormati bahasa ibunda pelbagai kaum, kebudayaan dan tradisi masing-masing.”

“Oleh itu, kami menyeru penyertaan ramai pihak dalam program-program yang bakal dianjurkan dan menjadikan program kali ini lebih bermakna kepada bahasa ibunda,” kata Siah Kwong Liang.

Turut hadir dalam Sidang Media Sambutan HBIA mewakili Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah Setiausaha Agung, Mohd. Hafiz Abd. Hamid dan Ahli JKP merangkap Ketua Kluster Perpaduan Nasional, Dr. Sabariah Baharun.

Sambutan HBIA tahun ini dianjurkan bersama oleh Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, IKRAM, Tamil Foundation Malaysia (TFM), Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JAOS) dan Dong Zong sebagai penganjur utama, serta NGO-NGO lain yang bekerjasama sebagai penganjur bersama dan rakan strategik.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia