Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melalui sayapnya, Wanita IKRAM akan menganjurkan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019.
Tarikh 8 Mac setiap tahun diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Hari Wanita Antarabangsa bagi menghargai peranan dan pengorbanan wanita serta mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang termasuk sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan.
Tema sambutan pada tahun ini ialah “Think equal, build smart, innovate for change” (Fikir kesaksamaan, bina dengan kebijaksanaan, berinovasi untuk perubahan).
Wanita IKRAM akan menganjurkan beberapa acara sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019:
1. Pertandingan Fotografi #BerinovasiUntukPerubahan (Sehingga 8 Mac 2019)
2. Flashmob Nasional #BerinovasiUntukPerubahan (8 Mac 2019)
3. Wacana Hari Wanita Antarabangsa 2019 (17 Mac 2019)
Sambutan Hari Wanita Wanita Antarabangsa 2019 adalah merupakan sebahagian daripada acara Sambutan Ulang Tahun ke-10 IKRAM.
Semoga sambutan ini dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran serta memberi sokongan kepada wanita ke arah menjayakan usaha inovasi untuk perubahan.
Marilah bersama-sama kita menjayakannya. https://escortstars.ch
Pejabat Penerangan dan Perhubungan Awam
Pertubuhan IKRAM Malaysia
#10TahunIKRAM