Sambutan Hari Bahasa Ibunda meriah dan harmoni

Turut hadir Puan Usharani Sarkunavalu daripada Tamil Foundation selaku Pengarah Program, wakil-wakil penganjur iaitu Encik Yuva (Tamil Foundation), Puan Mei Sha (LLG Development Centre), Hj Zaid Kamaruddin dan Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor (IKRAM) serta Encik Yusri Ahon daripada Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS).

Majlis yang diadakan pada lewat petang Selasa, 21 Februari lalu diserikan dengan persembahan kebudayaan Melayu, Cina dan India. Untuk Melayu, pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan telah mempersembahkan deklamasi sajak diikuti dengan nasyid.

   

Persembahan kebudayaan

Sementara itu, wakil Cina melakukan persembahan nyanyian sambil memegang lilin manakala wakil India pula mempersembahkan tarian.

Dalam majlis itu juga, para peserta juga membentangkan hasil seni kolaj mereka yang telah pertandingkan pada Ahad lalu yang bertemakan “Pendidikan Berbilang Bangsa”.

Uniknya pertandingan ini, peserta pertandingan dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada lapan orang di mana setiap kumpulan mestilah terdiri daripada keempat-empat bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asal untuk menggalakkan interaksi antara kaum serta memupuk nilai hormat-menghormati.

   

Hasil seni kolaj dan pertandingan

Dengan menggunakan kreativiti dan idea masing-masing, mereka menggunakan bahan-bahan terpakai seperti botol air, surat khabar, ranting-ranting dan pelbagai lagi bahan kitar semula dan bahan semula jadi untuk menghasilkan karya mereka.

Pertandingan seni kolaj ini telah dimenangi oleh Kumpulan D yang turut dianggotai oleh para pelajar Sekolah Menengah Sri Al Amin Bangi. Selain itu, pelajar Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah dan Sekolah Menengah Usahawan Al Amin turut menyertai pertandingan ini.

Syabas dan tahniah kepada peserta persembahan, peserta pertandingan seni kolaj dan juga pemenangnya serta pihak penganjur yang menjayakannya. Semoga program ini boleh dijadikan program tahunan untuk kita memperluaskan usahasama dalam projek-projek silang budaya pada masa akan datang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia