RUU 355: Pemuda MCA, Gerakan kunjungi IKRAM

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menerima kunjungan daripada Biro Undang-Undang Pemuda MCA dan Gerakan pada Khamis, 23 Februari lalu di ibu pejabatnya di sini.

Berlangsung secara terbuka dan harmoni, kunjungan pertama kali itu bertujuan untuk membina hubungan dan saling bertukar pendapat, termasuk berbincang dan memberikan pandangan tentang isu pindaan Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU 355).

Timbalan Presiden IKRAM, Hj Zaid Kamarudin berkata, pertemuan tersebut merupakan sesuatu yang menarik dan beliau berharap ia dapat membina asas yang kukuh dalam pembangunan negara.

Dalam pertemuan itu, Pemuda MCA dan Gerakan turut menyatakan kebimbangan komuniti Cina berkaitan isu RUU 355 bagi memastikan ia tidak menjejaskan struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga komited untuk meneruskan perbincangan tentang isu tersebut dengan pelbagai pihak termasuk NGO-NGO Islam yang lain.

Turut bersama-sama dalam pertemuan itu Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Setiausaha Agung, Hj Nahar Md Nor dan Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani, Prof Madya Hj Badlishah Sham Baharin.

IKRAM turut menyatakan pendirian tentang RUU 355 dalam kenyataan medianya pada tahun lalu seperti di pautan berikut: https://ikram.org.my/ruu-355-kerajaan-lebih-wajar-kemukakan/

Semoga kunjungan dan pertemuan ini dapat merungkai salah faham terhadap pelbagai isu dan mengukuhkan lagi keharmonian antara kaum di Malaysia, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia