Acara sukan dan riadah ini adalah kali kedua berjaya diadakan di mana hampir 2,000 orang peserta daripada pelbagai lapisan bangsa telah hadir menyertainya di lapangan letak kereta di Istana Kehakiman Putrajaya di Presint 3 seawal 7.00 pagi.
Acara Run4Peace ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan keutamaan isu keamanan sejagat difahami dan dilaksanakan oleh masyarakat dan negara.
Senaman dan larian
Isu-isu di banyak negara di dunia ini yang sudah tidak selamat didiami khasnya disebabkan peperangan dan kekacauan seperti di Palestin, Syria, Iraq, Myanmar dan lain-lainnya perlu diperluaskan supaya rakyat sedar dan bersama ke arah menghentikan suasana tidak aman yang berlaku di negara-negara tersebut.
Acara ini juga bertujuan untuk memberi ruang kerjasama erat antara IKRAM dan pihak berkuasa tempatan serta agensi di Putrajaya supaya IKRAM bersama-sama menyumbang ke arah keamanan dan keharmonian di negara ini.
Ucapan Naib Presiden IKRAM dan pingat kepada sebahagian pemenang
Turut sertai larian keamanan ini adalah Naib Presiden IKRAM, Hj Shah Aman Mohd Saari yang turut memberikan ucapan dalam majlis penutup dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Umat (JKPU) IKRAM, Hj Abdul Aziz Abdul Jalal.
Seperti tahun lepas, acara ini juga diadakan dengan kerjasama IKRAM Siswa Nasional, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), IKRAM Health dan IKRAM Putrajaya. Perbadanan Putrajaya telah bersama-sama menjayakan program ini sebagai hos lokasi.
Pihak JKPU IKRAM turut merakamkan penghargaan kepada pihak Perbadanan Putrajaya, para penaja, PDRM, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya Holdings Berhad, Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dan para peserta yang hadir. Semoga berjumpa kembali pada tahun hadapan.
Album Run4Peace 2015: http://on.fb.me/1mxrWuK
#Run4Peace2015Putrajaya
#Peace4All