Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Sabah: Keharmonian terus dipertahankan

Majlis yang telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai turut meraikan warga emas dari Rumah Kebajikan Orang Tua St Pritchard dan diserikan dengan tarian singa dan naga, cabutan bertuah, pemberian angpau kepada 200 kanak-kanak serta pertandingan mewarna. 

Turut hadir Presiden MACMA, Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin, Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah, Datuk Seri Panglima Dr TC Goh, Pengerusi MACMA Sabah, Mohammed Abdur Raheem Cheng dan Yang Dipertua IKRAM Negeri Sabah, Dr Hj Mingu Jumaan, Penasihat Hidayah Centre Sabah, Hj Marsus Jabar, Setiausaha Agung USIA, Datuk Hj Hamzah Mohd Zakaria; Ustaz Kahar Sundu dan 15 wakil-wakil Persatuan NGO Cina Sabah.

  

Dalam majlis tersebut, Prof Dr Taufiq Yap yang menyampaikan ucapannya yang bertajuk “Towards A Harmonious & Prosperous Society” mengharapkan keteguhan dan keharmonian kehidupan masyarakat Islam yang berbilang bangsa di negara ini dapat terus dipertahankan demi mengekalkan keamanan negara.

“Dalam Islam, kita meraikan kepelbagaian budaya. Tiada halangan bagi orang Cina beragama Islam untuk mengamalkan budaya masyarakat mereka. Orang Cina tidak perlu meninggalkan budaya yang sudah menjadi akar umbi kehidupan mereka,” jelasnya.

Dalam akhbar Utusan Borneo 14 Februari 2016 beliau berkata, penganjuran majlis ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada umum bahawa Cina dan Islam adalah gabungan yang baik di mana bukan bermaksud apabila seseorang itu sudah memeluk Islam, budaya kehidupan mereka perlu diubah.

  

“Orang Cina yang beragama Islam tidak perlu menukar bangsa kerana kita hidup sebagai Cina dan mati juga sebagai Cina. Kita ingin memperlihatkan bahawa budaya Cina ini memang budaya yang cantik,” tambahnya.

Semoga jalinan yang berterusan dengan pimpinan dan rakyat berbangsa Cina akan membuka ruang untuk mereka lebih memahami Islam yang sebenarnya yang menjadi rahmah bagi sekalian alam serta menjadi satu jambatan yang baik untuk menghubungkan persefahaman dan persaudaraan antara NGO Bukan Islam dan NGO Islam, in-shaa-Allah.

Sumber: Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin | Hidayah Centre Sabah

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia