Rumah Terbuka Tahun Baru Cina memang syok!

Tambahnya, kebetulan tahun ini beliau tidak pulang ke kampung, jadi beliau menganggap majlis anjuran Hidayah Centre Foundation (HCF) dengan kerjasama He-Ping Chinese Muslim Society ini seperti sebuah keluarga besar baginya ditambah dengan sajian makanan yang sedap dan menyelerakan. 

Bertemakan Hasten to Success, majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 2.30 petang itu dihadiri oleh hampir 500 orang, bukan sahaja disertai masyarakat Tionghua malahan pelbagai masyarakat majmuk Malaysia turut sama meraikan dan ingin merasai kemeriahan suasana majlis itu.

Pengerusi HCF, Hj Muhammad Nicholas Sylvester berkata, pihaknya berjaya mencapai objektif apabila ramai yang hadir ke rumah terbuka ini.

“Alhamdulilah, saya ingat pada kali ini kita berjaya mencapai objektif diadakan di tempat terbuka dan dengan kehadiran ramai orang yang memeriahkan suasana lebih daripada jangkaan yang kita sasarkan kerana ramai yang walk in,” jelasnya.

Sementara itu, ujar beliau lagi, sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di peringkat negeri masih lagi dijalankan dengan setiap negeri adalah digalakkan mengadakan sambutan rumah terbuka itu dengan kerjasama organisasi tempatan.

“Alhamdulilah kita dapat mengadakan di beberapa buah negeri serta masih menunggu laporan dan sambutan masih lagi berjalan sehingga minggu hadapan.

    

“Kita juga berhasrat supaya ia menjadi satu budaya untuk orang Cina merasakan bahawa orang Islam ini meraikan mereka dan umat Islam menyantuni mereka serta mengalu-alukan mereka untuk bersama dalam agama kita yang indah ini,” katanya.

Program yang mendapat tajaan daripada Restoran Mohd Chan ini turut mengadakan pelbagai aktiviti antaranya forum santai yang menampilkan Xifu Naser dan Sister Iris Chan serta Johan Hasnol sebagai moderator, sesi perkongsian, persembahan kebudayaan Cina oleh kanak-kanak masyarakat Cina, persembahan nasyid, cabutan bertuah dan pemberian angpau.

Lagi foto majlis:
1. Mohd Chan Malaysia
2. He-Ping Chinese Muslim Society

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia