Pengharaman jualan rokok, rokok elektronik di Kedah lebih penting

Kerajaan negeri Kedah baru-baru ini dilaporkan tidak lagi akan memberi kelulusan lesen premis perjudian dan mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri, berkuat kuasa serta-merta.

 

Menerusi pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri tidak akan memberi lagi lesen premis dan mana-mana lesen premis yang telah tamat tempoh tidak akan diperbaharui lagi untuk operasi perjudian.

 

Kedua-dua aktiviti ini walau bagaimanapun hanya melibatkan segelintir sahaja orang Islam di negeri itu. Berbanding dengan merokok, umum mengetahui bahawa majoriti perokok di Malaysia adalah orang Melayu.

 

Malah menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019, direkodkan prevalen sebanyak 27.6 peratus penduduk Kedah yang berusia 15 tahun ke atas adalah perokok dan lebih mengaibkan, jumlah tersebut merupakan yang tertinggi di negara ini.

 

Oleh hal yang demikian, adalah diseru agar kerajaan negeri yang dijulang sebagai kerajaan Melayu Islam ini, dapat membuat tindakan yang sama terhadap penjualan rokok dan rokok elektronik serta vape kerana ia merupakan tindakan yang lebih penting dan prioriti.

 

Antara langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  1. Pengharaman penjualannya oleh sesiapa yang beragama Islam,
  2. Pengharaman penjualannya oleh mana-mana premis milik orang Islam, dan
  3. Mengasingkan tempat atau rak penjualan rokok dan rokok elektronik serta cecairnya dengan pelabelan ‘Tidak Halal’ di premis jualan.

 

Langkah-langkah berstrategi ini lebih patut menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam usaha untuk menghindarkan umat Islam daripada terus terbelenggu dengan ketagihan merokok, seterusnya dapat mengurangkan prevalen perokok di negeri tersebut.

 

Sebagai peringatan mesra, merokok telah difatwakan haram oleh Majlis Agama Negeri Kedah pada tahun 1970, manakala penggunaan rokok elektronik, vape dan shisha stick pula telah difatwakan haram pada tahun 2015.

 

Antara dalilnya adalah kerana ia terbukti memudaratkan diri sendiri serta orang lain dan perbuatan memudaratkan ini merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

 

Firman Allah SWT:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil).” (Surah al-Baqarah: 195)

 

Sabda Rasulullah SAW:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

“Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh berbuat kemudaratan.” (HR Ahmad, No. 2865 dan Ibnu Majah, No. 2340)

 

Oleh itu, sebenarnya tiada alasan dan penangguhan lagi bagi kerajaan negeri Kedah untuk melarang penjualannya oleh orang Islam atau sekurang-kurangnya mengehadkan penjualannya di seluruh negeri, selaras dengan fatwa pengharamannya oleh autoriti agama negeri berkenaan.

 

Dr Mohd Afiq Mohd Nor
Aktivis Kempen Bebas Asap Rokok dan Vape

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia