RM1 juta untuk Palestin, Syria dan Rohingya

Mensasarkan sumbangan RM1 juta, satu perjanjian memorandum bersama telah ditandatangani bagi mengadakan pelbagai aktiviti dan kempen penerangan untuk mengumpulkan dana membantu rakyat Palestin, Syria dan Rohingya.

“Ini merupakan kempen jelajah amal untuk memberi penerangan realiti kehidupan mangsa-mangsa peperangan di negara bergolak iaitu Palestine, Syria dan Rohingya,” ujar Hajah Gharizah Hj Hashim, Pengerusi Wanita PERKIM Seremban dalam sidang media Save Humanity Palestine, Syria & Rohingya pada Isnin lalu.

Menurutnya, beliau terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab dan dakwah untuk membantu mereka dengan kerjasama Rose2Rose dan MyCARE.

“Beberapa program akan dijalankan sepanjang kempen ini berlangsung antaranya Gala Charity Dinner, Galeri Pameran Kemanusiaan MyCARE dan jualan amal PERKIM, yang mana semua kutipan khusus tersebut untuk tabung Rose2Rose.”

Sehubungan dengan itu, Dr Fauziah Mohd Hasan selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE yang juga merangkap Penasihat Rose2rose menyambut baik usaha PERKIM untuk sama-sama membantu penduduk Palestin, Syria dan Rohingya.

  

Sidang media dan para aktivis Wanita PERKIM dan Rose2Rose yang hadir

“Di Gaza terdapat kira-kira dua juta yang masih terkepung. Peranan kita semua dalam menyelamatkan isu kemanusiaan ini amat besar kerana setiap hari ada pengeboman dan pembunuhan berlaku, namun dunia seakan tidak nampak (tidak memberi perhatian).”

Tegas beliau, sudah tiba masanya semua lapisan masyarakat menganggap usaha membantu rakyat Palestin, Syria dan Rohingya sebagai satu tanggungjawab bersama dan bukannya atas dasar sukarelawan semata-mata.

“Setiap wang yang kita sumbangkan sangat bermakna walaupun satu ringgit kerana ia akan mengubah kehidupan mereka biarpun ia tidak akan sama seperti dulu,” katanya.

Sehubungan dengan itu, PERKIM Seremban akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal Gala Charity Dinner pada Sabtu, 22 April 2017, jam 8.00 malam bertempat di Hotel Royal Bintang & SPA Seremban.

“Majlis makam malam ini akan turut dihadiri Ann Wright, bekas diplomat USA yang juga Ketua Misi Women’s Boat to Gaza 2016 yang mana Dr Fauziah Mohd Hasan satu-satunya wakil dari Asia,” kata Hajah Gharizah.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Hajah Gharizah Hj Hashim di talian 017-351 2144 dan bagi mereka yang ingin menyumbang, boleh menyalurkan bantuan atas nama Wanita PERKIM Cawangan Daerah Seremban melalui akaun 0501 2010 0700 45 (Bank Islam).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia