Riadah Boling Keluarga di Ambang Ramadan

Sebelum memulakan riadah, semua peserta telah mendengar kata-kata semangat daripada Pengerusi Tetap JIM Sepang, Ir Haji Fuad Abas, selanjutnya merasmikan program riadah ini. Dalam ucapan, analogi beliau sungguh mendalam dan menusuk jiwa peserta. Pendekatan sebagai perbandingan jika pada musim haji, para jamaah haji akan melakukan ibadah melontar di jamrah sebagai satu tanda merejam syaitan.


Begitulah juga dengan semua peserta riadah yang sedang berada di ambang Ramadan ini. Pin-pin boling itu bolehlah diandaikan sebagai syaitan-syaitan yang bakal kita lawan dan tewaskan di sepanjang bulan Ramadhan. Manakala bola-bola boling itu semua adalah usaha dan mujahadah kita untuk menghadapinya. Beratnya bola, fokus dalam membuat lontaran, serta strategi yang betul bakal memungkinkan kita berjaya dalam perjuangan.

Tambahnya, Ramadan yang akan dilalui ini memerlukan persediaan yang rapi daripada setiap aspek. Fisikal, intelektual, emosi dan spiritual harus bersepadu untuk memastikan Ramadan yang diharungi penuh bermakna dan terkesan dalam hidup kita sebagai seorang mukmin. Beliau membuat balingan mula permainan boling sebagai tanda perasmian program.


Sesekali bertemu, ternyata boling bukanlah segalanya. Lebih dua jam peserta beraksi di sini, ukhuwah sesama ahli dapat dieratkan. Manakala setiap 30 minit semua peserta diminta untuk “Take Five” untuk mendengar tazkirah daripada ketua setiap kumpulan. Sambil beriadah dapat juga peserta mendengar tazkirah ramadan.

Di penghujung acara, kanak-kanak tidak terkecuali mencuba bermain boling. Ternyata aksi mereka amat mencuit hati, terhuyung-hayang ketika mengangkat dan membaling bola ke pin-pin sasaran. Semangat kesungguhan mereka sangat terserlah, apabila ada yang tidak membenarkan orang lain membantu.

Program ini telah ditutup dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang. YDP JIM Sepang Prof Dr Ali Hassan telah memberikan sepatah dua kata dan sekali lagi mengingatkan semua moga berjaya dalam tarbiah Ramadan.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia