Remaja berekspedisi di Taman Negara

Disertai seramai 32 orang peserta daripada Bintulu, Sibu dan Miri, ekspedisi tiga hari dua malam ini dimulai dengan sesi perkenalan dan diteruskan dengan aktiviti yang menguji kekentalan iaitu Mega Explorace.

“Mega Explorace ini telah mendedahkan peserta untuk menyelesaikan misi yang diberikan di seluruh Bintulu,” kata Pengarah program, Mohd Hasnolomar Ali Saifuddin bin Sahat.

Menurutnya, peserta perlu menggunakan kemudahan Grab Car memandangkan misi yang perlu mereka selesaikan berada di tempat yang berbeza iaitu di NAIM Paragon, Dewan Suarah Bintulu, Masjid As-Syakirin, Pantai Tanjung Batu.

“Dan destinasi terakhir adalah di Taman Negara Similajau.”

Seterusnya, kata beliau, para peserta juga didedahkan dengan Bengkel Debat yang diberikan oleh Cikgu Nazareth.

“Aktiviti Jungle Trekking dengan tajuk Orang Kaya Beriman adalah acara kemuncak dalam program ini.”

Tambah Hasnolomar, para peserta diberi dua plastik batu untuk sebuah kumpulan sebagai barang amanah.

“Mereka harus menjaga batu tersebut sedangkan para fasilitator yang berada di setiap checkpoint berusaha sedaya upaya untuk memperdaya para peserta supaya memberikan kepada mereka batu tersebut.”

XREK Sarawak 2019 telah ditutup secara rasmi oleh Yang Dipertua IKRAM Bintulu, Ustaz Hj Seliman bin Hambali.

Turut hadir Ustaz Saimon Kila dan Ketua Kaum Kampung Baru Lorong 3 yang turut menaja pengangkutan beberapa orang peserta dan juga fasilitator untuk pulang ke bandar Bintulu.

Dalam program ini, peserta Terbaik Lelaki jatuh kepada adik Awang Muhammad Qhuzhaimi bin Awang Ehsan daripada Miri, manakala Peserta Terbaik Perempuan pula ialah Balqis Ayuni bin Toumin Hamedan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia