Rayuan Ramadhan: RM1 juta di 21 negara, bantuan jangka panjang

“Contohnya, seperti membina infrastruktur seperti telaga air dan tajaan pendidikan anak-anak, agar lebih bermakna kepada masyarakat dan golongan yang dibantu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM (i-Bantu), Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif.

Jelas beliau dalam sidang media Pelancaran Rayuan Ramadhan 1438H/2017 di Ibu Pejabat IKRAM di sini, program ini merupakan siri ke-19 kempen ini digerakkan oleh i-Bantu dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Hidayah Centre Foundation (HCF) dan IKRAM MUSLEH.

“Kami ingin mengajak rakyat Malaysia bersama-sama mengambil peluang kehadiran Ramadan yang penuh ganjaran ini untuk menyumbang serta melapangkan kehidupan golongan yang daif dan memerlukan baik di dalam negara dan luar negara,” ujar beliau.

Beliau berkata, Sekretariat Rayuan Ramadhan 1438H amat berharap agar maklumat kempen rayuan ini dapat disebarluaskan.

“Antaranya sebaran melalui media, individu dan para usahawan kepada semua peringkat masyarakat Malaysia suapaya tingkat kesedaran dan kefahaman kita mengenai nasib dan masalah saudara-saudara seumat kita yang lebih memerlukan.”

“Setiap tahun, Rayuan Ramadhan mempunyai track record yang baik melalui kerjasama kempen media massa. Pihak sekretariat turut menghubungi mereka yang pernah menyumbang,” jelasnya.

Beliau yang merangkap Pengarah Rayuan Ramadhan 2017/1438H berkata, rekod yang baik itu turut disebarluaskan dan dibantu melalui agensi dan institusi IKRAM yang ada, selain berusaha menghubungi pihak korporat.

Turut hadir dalam sidang media Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari, wakil MyCARE, HCF, IKRAM MUSLEH serta NGO Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) dan wakil NGO Iraq.

“Sejak dilaksanakan pada tahun 1999/1420H, program ini telah berjaya mengumpul sumbangan dan menyantuni serta diagihkan kepada lebih 660,000 orang penerima,” kata Ainullotfi.

Pada tahun lalu, Rayuan Ramadhan telah berjaya mengumpukan sebanyak RM 682,756.08 yang memberi manfaat kepada 34,000 orang penerima yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin, orang kurang upaya, mualaf dan saudara baru, mereka yang terkesan dengan konflik dan perang, mereka yang ditimpa bencana, pelajar miskin dan seumpamanya.

Selain Malaysia, penduduk negara lain yang bakal menerima manfaat ialah Palestin, Lubnan, Syria, Iraq, Yaman, Sudan, Eritrea, Afghanistan, Pakistan, Nepal, Sri Lanka, Maldives, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Filipina dan Indonesia dengan kerjasama rakan NGO di sana.

“Untuk kali ini, IKRAM mensasarkan untuk mengagihkan bantuan bernilai sekurang-kurangnya RM1 juta, insya-Allah, yang kita harap dapat direalisasikan dengan dokongan penuh para dermawan dan penyumbang, terutamanya yang mahu meraih pahala amal pada bulan Ramadhan al-Mubarak ini,” harapan beliau.

Bentuk-bentuk sumbangan yang boleh dipilih penyumbang ialah Sedekah, Fidyah, Bantuan Makanan Ramadhan (tarikh tutup hingga 20 Ramadan), Bantuan Makanan (sepanjang tahun), Bantuan Pendidikan dan Bantuan Infrastruktur.

Mereka yang berminat menyumbang boleh memasukkan sumbangan ke akaun Bank Islam 1211 30100 49959 dan Maybank 5621 4240 5154 atas nama PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA.

Untuk memudahkan urusan penyelarasan akaun, mohon pihak penyumbang menghantar slip pembayaran, bentuk sumbangan dan maklumat diri (nama penuh, no. telefon, e-mel dan alamat surat-menyurat) kepada pihak Sekretariat Rayuan Ramadhan 1438H melalui 017-2766384 atau 011-60501137 (Whatsapps/Telegram) atau e-mel [email protected]

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Sekretariat di talian 03-4101 2080, 017-2766384, no. faks: 03-41622762 atau e-mel [email protected]. Untuk info lanjut, sila layari http://ramadhan-qurban.org.

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan daripada api neraka dan mendapat pahala seperti orang-orang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikit pun.” (HR Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia