Rayuan Ramadhan fokus kumpulan B40, miskin bandar

“Namun, golongan lain yang berkeperluan juga tidaklah pula dilupakan,” jelasnya dalam Majlis Pelancaran Rayuan Ramadhan 1440H / 2019M di Pejabat IKRAM Selangor di sini.

Tambahnya, laporan UNICEF dalam Laporan Kanak-kanak Pinggiran 2018 menyatakan bahawa 97 peratus isi rumah miskin bandar tidak berkemampuan untuk menyediakan hidangan sihat kepada anak-anak mereka.

“Di samping itu, tambahnya, 52 peratus isi rumah miskin bandar ini pula tidak mempunyai cukup wang untuk membeli makanan. Lebih menyedihkan, 12 peratus daripada kanak-kanak tersebut menikmati kurang daripada tiga kali hidangan dalam sehari.”

Dalam laporan itu juga menyebut, dari sudut pendidikan, 51 peratus daripada kalangan kanak-kanak dalam golongan tersebut yang berusia 5 dan 6 tahun tidak mampu untuk menghadiri sesi prasekolah seperti kanak-kanak biasa yang lain.

“Sementara 2 peratus kanak-kanak daripada kalangan golongan ini yang berusia antara 7 hingga 17 tahun tidak berpeluang dan tidak pernah mengikuti sesi persekolahan.”

Ujar Ainulltofi, Yayasan Ikram Malaysia juga telah merangka program ‘Kempen 1 Tabung 1 Pelajar RM1 Sehari’ dengan kerjasama IKRAM MUSLEH yang bertujuan untuk membudayakan sikap menabung bagi membantu mereka yang lebih memerlukan di peringkat kanak-kanak.

“Yayasan Ikram Malaysia berhasrat untuk melakukan yang lebih baik dengan menyasarkan kutipan berjumlah RM1 juta.”

Bertemakan ‘Ramadhan Rahmah, Prihatin Ummah’, pelancaran Rayuan Ramadhan telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikram Malaysia, Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom dan disaksikan Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Sumbangan berupa beras dan barang keperluan memasak turut disampaikan kepada 30 orang penerima.

Pelaksanaan program Rayuan Ramadan melalui i-Bantu telah menyaksikan kejayaan cemerlang pengagihan kepada sejumlah 750,000 orang penerima sejak tahun pertama program ini dilaksanakan 19 tahun yang lalu.

Pada tahun lalu, lebih RM750,000 telah diagihkan dalam bentuk bantuan makanan, iftar, bantuan pendidikan, bantuan OKU/kesihatan, bantuan umum dan bantuan makanan sepanjang tahun.

Mereka yang berminat bolehlah menyumbang melalui akaun YAYASAN IKRAM MALAYSIA (MAYBANK: 562142404402) atau sumbangan atas talian: www.i-bantu.org.my/reg/ dan menghantar bukti sumbangan di talian 011-60501137 atau e-mel [email protected].

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi telefon pejabat di talian 03-4101 2080 atau layari laman sesawang www.yayasan.ikram.org.my atau facebook Rayuan Ramadhan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia